Ramos: “Saya Ada Jemput Pique Ke Final UCL, Tapi Beliau Diam Saja”

Semua orang tahu yang 2 pemain pertahanan Sepanyol iaitu Sergio Ramos dan juga Gerard Pique tidak ‘sebulu’.

Walaupun sering bergaduh, namun begitu hasil kerja mereka dalam skuad Sepanyol tetap mantap.

Terbaharu, 2 pemain pertahanan ini kembali ‘usik-mengusik’ sesama mereka sendiri.

Menurut sumber AS, Sergio Ramos yang akan bersama-sama pasukannya iaitu Real Madrid ke perlawanan akhir UEFA Champions League (UCL) menentang Juventus di Cardiff telah menjemput Pique untuk menontonnya.

“Saya ada jemput Pique untuk ke saksikan perlawanan Real Madrid menentang Juventus di Cardiff tempoh hari.”

“Namun begitu, beliau tak beri maklum balas dekat saya.”

Dalam wawancara Ramos mengenai perlawanan akhir UCL itu, beliau juga ada bercerita mengenai beberapa pemain lain dari Real Madrid, Juventus dan juga Atletico Madrid!

Ketika ditanya siapakah lebih sesuai bermain di perlawanan akhir diantara Gareth Bale dan juga Isco, ini jawapan beliau:

“Jika kedua-dua pemain boleh bermain maka itu satu berita baik untuk pasukan. Tetapi habislah pengurus tak tahu nak pilih siapa!”

“Akan tetapi, kedua-dua pemain ini adalah berbeza dari segi corak permainan. Itu sudah pasti.”

Beliau juga bercerita mengenai pemain Juventus yang semakin meningkat naik iaitu Paulo Dybala.

“Beliau adalah pemain yang cukup pantas dan bermain dengan cukup baik. Apa yang pasti rekod jaringan beliau cukup baik.”

Dalam masa yang sama, Ramos sempat mengusik mengenai bintang Atletico Madrid iaitu Antoine Griezmann yang sering dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United.

“Setiap pemain berhak tentukan diri mereka nak jadi pemain yang macam mana mereka mahukan.”

“Biarkan beliau buat keputusan yang dimahukan. Andai beliau berpindah dari Atletico, sekurang-kurangnya hilang satu masalah kami bila lawan mereka!”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN