Ramos Beri Amaran Kepada Kaki Boo Bernabeu Untuk Hormati Pique!

Santiago Bernabeu akan menjadi venue perlawanan antarabangsa Sepanyol kali ini. Sergio Ramos mendengar corat-coret bahawa ‘boo boys’ di Bernabeu mahu mengejek Pique dengan boo.

Boo boys di Bernabeu memang terkenal dengan beberapa siri boo mereka. Ini termasuk pernah menyorak pemain seperti Cristiano Ronaldo dengan boo. Ramos antara pemain yang pernah mengkritik perangai segelintir penyokong ini.

Berbalik kepada minggu antarabangsa, Ramos memberitahu yang beliau tidak boleh menerima jika penyokong di Bernabeu menjadi Pique sasaran untuk di-boo.

Pique adalah antara pemain yang mengesahkan kelayakan kali ini sebagai yang terakhir dalam karier beliau untuk Sepanyol dan Piala Dunia Rusia juga kejohanan major terakhir beliau. Ramos berkata:

“Ketepikan segala sentimen kesetiaan kepada kelab dahulu dan tolong hormati Gerard Pique.”

Ramos menganggap Pique sebagai musuh di dalam La Liga tetapi rakan sepejuangan di dalam pasukan kebangsaan. Mereka menggalas misi yang sama untuk negara. Sepanyol akan behadapan dengan Itali dalam kelayakan Piala Dunia.

“Saya harap penyokong Real Madrid yang lain tidak mengikut jika mereka (boo boys) mengejek Pique.”

“Bukan Pique sahaja, pemain-pemain lain pun harus dihormati. Saya minta penyokong datang menyokong kami. Ia perlawanan yang sukar. Kami mahu bermain dengan baik nanti.”

Hubungan Pique dan Ramos di pasukan kebangsaan memang rapat. Ketika di kelab pula, mereka antara yang paling banyak bertegang urat di dalam padang mahupun di media sosial.

Musim lalu, anda pastinya ingat salah satu insiden di mana Ramos dilayangkan kad merah. Ramos melihat kepada Pique dan memberikan isyarat bahawa Pique pasti akan suka memuatnaik twitter selepas tamat perlawanan.

Sepanyol dan Itali berkongsi 16 mata dalam kumpulan G, namun Sepanyol di atas kerana kelebihan perbezaan jaringan.

Ramos gembira dengan kepulangan semula David Villa.

“Rasanya, kami semua terkejut mendengarnya, tetapi beliau layak mendapatnya. Villa masih muda dari segi semangat di dalam padang dan sentiasa dahagakan gol.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN