Ramon Calderon: Kehilangan Cristiano Ronaldo Akan Tinggalkan Jurang Yang Tidak Mungkin Dapat Diisi

Ronaldo

Keinginan Juventus bagi mendapatkan khidmat Cristiano Ronaldo menjadi topik utama sejak akhir-akhir ini dan ia kelihatan semakin hampir untuk direalisasikan.

Pemenang 5 Ballon d’Or itu juga masih belum mengulas mengenai masa depannya di Santiago Bernabeu, yang menguatkan lagi desas-desus tersebut.

Bagi bekas Presiden Real Madrid, Ramon Calderon, beliau menyifatkan Ronaldo adalah seorang pemain yang sukar untuk digantikan oleh pemain lain buat Real Madrid.

Calderon turut berharap agar Florentino Perez (Presiden Real Madrid) dapat memujuk bintang kelahiran Portugal itu kekal di Madrid.

”Sekiranya Ronaldo meninggalkan Madrid, dia akan meninggalkan jurang yang tidak mungkin dapat diisi.”

TURIN, ITALY – APRIL 03: Cristiano Ronaldo of Real Madrid scores his sides second goal during the UEFA Champions League Quarter Final Leg One match between Juventus and Real Madrid at Allianz Stadium on April 3, 2018 in Turin, Italy. (Photo by Emilio Andreoli/Getty Images)

”Anda tidak boleh mencari seorang juara dengan mudah, selain dari beraksi di padang dengan begitu bersemangat, memberi jaminan lebih dari 50 jaringan dalam satu musim dan banyak lagi yang dilakukan dalam sembilan tahun yang lalu.”

”Florentino Perez telah membuat keputusan yang sangat baik untuk Real (Madrid) sehak bertahun-tahun, tetapi dia mempunyai ‘kecacatan’ dengan membiarkan warisan yang ditinggalkan begitu sahaja.”

”Sesuatu yang serupa berlaku kepada Iker Casillas dan Raul.”

”Ia akan berakhir apabila Ronaldo menyedari bahawa Florentino tidak menghargai dirinya dengan cara yang sepatutnya.”

”Dia mahukan gaji yang lebih banyak, yang merupakan perkara biasa bagi pekerja terbaik dalam sebuah syarikat.”

”Dia kecewa apabila laporan mengatakan Real bersedia untuk membayar dua kali ganda dari gajinya untuk Neymar.”

Bagaimanapun, Calderon mengakui Cristiano Ronaldo bakal menjadi pilihan hebat buat Juventus.

”Ronaldo adalah peluang pasaran yang besar. Banyak kelab ingin memilikinya.”

”Penghijrahan tersebut membolehkan Juventus meningkatkan cengkaman mereka dalam saingan Serie A dan memberikan kelebihan di Liga Juara-Juara Eropah.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN