EPL: Southampton Menamatkan Rekod Tanpa Kalah Arsenal Pada Debut Ralph Hasenhuttl

Debut Ralph Hasenhuttl telah membantu Southampton telah menamatkan rekod 22 perlawanan tanpa kalah Arsenal. Mereka juga menang pertama kali di St-Mary sejak April hasil jaringan kemenangan oleh Charlie Austin pada minit ke-85.

Southampton di hadapan menerusi Danny Ings pada minit ke-20. Ings menanduk masuk hantaran Matt Targett.

Tidak lama selepas itu Henrik Mkhitaryan menyamakan kedudukan untuk Arsenal hasil daripada permainan kombinasi cantik di antara Iwobi dan Monreal.

Namun begitu Ings memastikan Arsenal terus gagal memimpin ataupun mendahului pada separuh masa pertama dalam kempen kali ini dengan gol kedua sebelum rehat.

Bersambung babak kedua, Henrik Mkhitaryan menyamakan kedudukan sekali lagi untuk Arsenal pada minit ke-53 selepas percubaan beliau terbias pada Jannik Vestergaard.

Arsenal menggandakan usaha untuk mendapatkan gol namun penjaga gol Southampton – Alex McCarthy – cemerlang menafikan beberapa siri ancaman ke gawang beliau.

Shane Long hampir menjaringkan gol ke-3 untuk Southampton namun dibatalkan kerana ofsaid. Ketika perlawanan menuju ke wisel penama, Charlie Austin menyempurnakan hantaran cantik oleh Long. Kemenangan ini membolehkan Southampton keluar daripada zon penyingkiran.

Tamat perlawanan Southampton 3 Arsenal 2. Ralph Hasenhuttl yang berlari ke dalam padang meraikan kemenangan pasukannya sehingga terlupa berjabat tangan dengan Unai Emery. Beliau meminta maaf secara terbuka dan menyatakan beliau terlalu teruja. Ralph Hasenhutll menyatakan beliau sudah berjumpa Unai Emery selepas itu untuk bersalaman.

Kekalahan ini membuatkan Arsenal kini 3 mata di belakang Chelsea – yang berada di tangga ke-4. Ini selepas seteru mereka itu menang 2-1 ke atas Brighton.

Siapa Ralph Hasenhuttl?

Ralph Hasenhuttl sentiasa cuba menaikkan semangat anak-anak buah beliau di tepi padang. Bagi anda yang tak kenal dengan pengurus ini, beliau adalah bekas penguru Leipzig yang menjadikan kelab itu pencabar kepada Bayern Munich.

Semangat dan energi Ralph Hasenhuttl serta gaya taktikal beliau membuatkan beliau digelar ‘Klopp of the Alps’.

Beliau dikenali dengan taktikal 4-2-2-2 wingerless wonder di Jerman ketika bersama Leipzig. Ketika itu beliau berjaya menaikkan beberapa nama pemain termasuk Naby Keita, Yussuf Poulsen dan Timo Werner.

Sebelum perlawanan beliau menghantar cenderamata berupa minuman percuma kepada semua pemilik tiket bermusim di St-Mary. Beliau berjanji akan membentuk pasukan Southampton yang dinamik dan penuh dengan keyakinan di dalam padang.

Beliau berseloroh selepas perlawanan: “Saya ada dengar orang kata, jika perkara itu berjalan lancar dengan cara ini, kita harus melakukannya setiap kali perlawanan di tempat sendiri.” Beliau memberitahu mungkin harus memberikan minuman percuma sekali lagi kepada penyokong Southampton selepas ini.

“Luar biasa sekali apa yang kami lakukan dalam masa seminggu. Ianya intensif, dan kita turut mencipta beberapa peluang gol. Ianya satu atmosfera luar biasa dan perasaan sangat istimewa untuk menang,” tambah beliau lagi.

Unai Emery: Main macam ini, kami akan kalah bila-bila masa”

Kali terakhir Arsenal kalah adalah ketika tunduk 3-2 di tangan Chelsea pada 18 Ogos. Selepas itu ia telah menjadi titik tolak kepada kebangkitan Arsenal. Sekali lagi Arsenal memulakan perlawanan dengan tidak begitu baik. Kali ini mereka gagal untuk bangkit dan menang.

Arsenal berhadapan dengan krisis pertahanan dengan Rob Holding dan Konstantinos Mavropanos cedera. Manakala Sokratis Papastathopoulos serta Shkodran Mustafi digantung. Mereka menerima kembalik kepulangan Laurent Koscielny yang tidak bermain baik dalam perlawanan ini.

Unai Emery berkata: “Kami akan kalah mana-mana perlawanan dengan cara kami bermain hari ini. Jika kami tidak menang seperti yang berlaku hari ini, kami tidak akan mampu berada di 4 teratas.”

“Selepas 22 perlawanan tak kalah kami hanya berada di tangga ke-5. Ini disebabkan pasukan lain bermain lebih baik.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN