Ralf Rangnick Namakan Ketua Pasukan Man Utd Untuk Aksi Bertemu Young Boys

Menjelang pertemuan bertemu Young Boys dalam aksi saingan Champions League, Ralf Rangnick tampil bercakap dengan pihak media rasmi Manchester United.

Beliau bercakap tentang pertukaran pemain dan pengurus dari Jerman itu turut bercakap tentang ketua pasukan pilihan beliau untuk perlawanan esok.

Manchester United pada ketika ini berada di puncak saingan peringkat kumpulan, dan memandangkan mereka sudah layak ke pusingan kalah mati, maka Ralf Rangnick sepertinya tidak akan menurunkan skuad terbaik yang beliau miliki.

Ketua pasukan Manchester United, Harry Maguire merupakan antara nama yang akan direhatkan dan tidak akan diturunkan untuk aksi bertemu Young Boys awal pagi nanti.

Dengan ketiadaan Maguire, Bruno Fernandes kebiasaannya akan menggalas tugas sebagai ketua pasukan Manchester United.

Walau bagaimanapun, Fernandes sendiri sepertinya akan turut direhatkan dan Nemanja Matic yang akan turun sebagai ketua pasukan Man Utd untuk aksi bertemu Young Boys nanti.

Beliau turut mendedahkan yang penjaga gol kedua kelab, Dean Henderson dan pemain midfield Belanda, Donny Van de Beek akan diturunkan dalam kesebelasan utama awal pagi esok.

Matic sebelum ini pernah menggalas tugas sebagai ketua pasukan, dengan United pada ketika itu dikejutkan dengan kekalahan 1-0 di tangan West Ham dalam saingan EFL.

https://twitter.com/media_newsnoon/status/1468264292290019328?t=jp_ePC20JPtUwqWodQ_Dig&s=19

Kekalahan itu menyebabkan Red Devils tersingkir dari pertandingan tersebut dan beliau kini mahu membuktikan kemampuannya untuk memimpin skuad buat kali yang kedua.

Beliau turut ada bersama Ralf Rangnick ketika sesi temu bual tersebut, dengan Matic menyatakan bahawa:

“Ia bahkan langsung tak pernah masuk dalam mimpi, kerana, ketika kamu bermula dari perkampungan kecil di Serbia, ketika kamu bermain dengan pasukan yang hanya ada satu bola dalam setahun dan kamu hanya bermain dengan satu bola itu sahaja.”

Tambah beliau lagi.

“Saya hanya bermimpi mungkin untuk bermain dalam liga division pertama Serbia, mungkin bersama Red Star Belgrade, tapi sekarang saya bersama Manchester United. Ini pun sudah macam mimpi.”

“Saya sangat berbangga kerana hal itu, sudah tentu, saya bawa armbands pulang ke rumah dan ia akan saya pamerkan.”

Ia jelas sekali satu kesempatan yang terbaik untuk Matic membuktikan kepada pengurus baharu yang beliau masih lagi pemain yang bagus.

Menjelang jendela perpindahan Januari ini, beliau bersama Van de Beek dan Dean Henderson sudah tentu mahu buktikan sesuatu kepada Ralf Rangnick.

Mungkin jika mereka mampu membuktikan sesuatu, mereka tidak perlu meninggalkan kelab kerana akan mendapatkan tempat, jadi untuk mencapai hal itu, mereka haruslah pamer aksi persembahan yang terbaik.

Adakah Champions League merupakan sasaran yang tepat untuk Manchester United musim ini?

Melihat kepada kesukaran yang Manchester United hadapi pada ketika ini, menjuarai saingan Champions League tak ubah seperti sekadar bermimpi.

Namun adakah mereka seteruk itu?

Red Devils pada ketika ini sudah berada di kedudukan pertama dalam aksi saingan peringkat kumpulan, dan ia bermaksud mereka bakal melalui laluan yang lebih mudah di pusingan 16 terbaik nanti.

Terdapat terlalu banyak pasukan yang dianggap calon kegemaran untuk muncul juara saingan Champions League musim ini.

Bayern Munich, Liverpool, Paris Saint Germain, Chelsea, Manchester City, Real Madrid dan Ajax kesemuanya dianggap calon juara.

Sementara Manchester United pula pada ketika ini dianggap sebagai pasukan underdog yang akan sentiasa memberi ancaman kepada pasukan-pasukan kegemaran itu.

Kelebihan yang Man Utd miliki pada ketika ini adalah pengalaman dan kepakaran Cristiano Ronaldo, dengan bintang Portugal itu benar-benar bersinar dalam saingan Champions League musim ini.

Pemenang lima kali gelaran Ballon D’or itu berjaya menjaringkan gol dalam kesemua aksi dalam saingan Champions League musim ini.

Beliau juga senantiasa menjadi wira penyelamat United dan tidak keterlaluan untuk menganggap Red Devils mara ke pusingan kalah mati musim ini kerana Ronaldo.

Jadi agak menarik untuk menyaksikan jauh mana lagi mampu beliau bawa Man Utd musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN