Rakan Kongsi Tampil Nyatakan Sokongan Kepada Blueprint 50 Tahun MFL

Beberapa rakan kongsi Liga Malaysia memberikan sokongan padu kepada Blueprint 50 tahun yang direncanakan Malaysian Football League (MFL) sebagai penanda aras membawa liga bola sepak negara ke arah lebih berdaya saing.

Antaranya Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) melalui Setiausaha Eksekutifnya, Shahrul Samsudin, yang memuji langkah dibuat oleh MFL kerana seiring dengan pendekatan negara-negara maju yang mempunyai perancangan jangka panjang dalam meningkatkan mutu bola sepak daripada segenap aspek.

Malah beliau menuntut semua pemegang taruh liga berjalan seiringan serta mampu mematuhi setiap pelan yang bakal dilakukan oleh MFL dalam blueprint 50 tahun.

“Blueprint 50 tahun ini satu pendekatan yang bagus kerana akan nampak ke mana hala tuju liga kita akan pergi biarpun mungkin kebanyakan peminat kita nampak benda ini masih baharu.

“Sebenarnya kalau diikutkan di negara-negara maju seperti Jepun sudah ada perancangan dan pendekatan sebegini sememangnya kena ada buat masa sekarang.

“Dalam etika bola sepak profesional sewajibnya benda ini kena diikuti (blueprint 50 tahun) dan jadi pegangan kepada semua pemegang taruh selepas dilancarkan kelak jika mahu ada penyelarasan dalam memajukan bola sepak negara dan liga,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Felda United Football Club(FUFC), Afizal Abu Othman turut senada dengan KFA apabila mahu melihat kemajuan bola sepak negara di masa depan bukan sahaja dinikmati pasukan-pasukan utama liga tetapi turut melibatkan pembangunan di peringkat bawahan.

Tambahnya, MFL perlu sentiasa bergerak ke hadapan dalam soal pembangunan tanpa mempedulikan kritikan negatif serta tanggapan MFL tiada visi dan misi terhadap Liga Malaysia.

“Saya memang harapkan Blueprint 50 tahun ini akan tujukan kepada pembangunan pasukan di semua peringkat serta menyemai nilai profesionalisme kepada penganjuran liga malaysia.

“Saya tengok pada langkah permulaan sekarang sudah begitu bagus apabila melihat penyertaan pasukan di liga-liga bawahan seperti M3, M4 dan kita kena menggalakkan pasukan banyak bertanding supaya program pembangunan akan lebih banyak berlaku di peringkat bawahan, ” katanya.

Perlis

Mereka ditemui selepas mesyuarat penyelarasan pasukan yang akan beraksi di peringkat separuh akhir Shopee Piala FA, di ibu pejabat MFL hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Kevin Ramalingam, semalam mengesahkan pelan strategik 50 tahun MFL merupakan perancangan jangka panjang kepada semua rakan kongsi liga walaupun dengan apa jua yang berlaku terhadap kepimpinan MFL di masa depan.

Blueprint 50 tahun ini dijangka akan dilancarkan selepas Hari Raya Aidlifitri berikutan majlis asal yang sepatutnya berlangsung bulan lalu, ditangguhkan.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Perak(PAFA), Tajul Hasnan Omar, mengucapkan terima kasih kepada MFL kerana sudi menjemput semua wakil pasukan yang bermain di peringkat separuh akhir Shopee Piala FA dalam membincangkan tarikh perlawanan serta venue pertandingan akhir.

“Saya hargai peluang diberi MFL kerana langkah ini cukup penting kerana ada kalanya jika MFL buat keputusan sendiri tanpa memanggil pasukan yang beraksi, ada kalanya masalah pasti akan timbul.

“Apabila kami dipanggil untuk datang seperti hari ini, maka semua pihak boleh duduk semeja dan berpuas hati terhadap apa jua keputusan tarikh perlawanan yang bakal dikeluarkan oleh MFL, saya harap perkara ini akan diteruskan pada masa akan datang, ” katanya.

Pada separuh akhir Shopee Piala FA bulan depan bakal menyaksikan Kedah bertemu Felda United manakala juara bertahan Pahang menentang Perak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN