Rakan Kongsi Anggap Jumlah Penajaan Tidak Wajar Dijadikan Isu

Rakan kongsi

Rakan kongsi Liga Malaysia berpendapat jumlah penajaan antara Telekom Malaysia (TM) dan Malaysian Football League (MFL) yang tidak didedahkan kepada umum tidak wajar dijadikan sebagai satu isu memandangkan semua pasukan akan mengetahui jumlah agihan hak penyiaran yang bakal diterima.

Setiausaha Eksekutif Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Syahrizan Mohd. Zain berkata, mereka selaku pemegang rakan kongsi sudah diterangkan mengenai perkara itu dan memahami pendekatan yang diamalkan oleh MFL demi melindungi kepentingan pihak penaja.

Tambahnya, apa yang perlu dijadikan tumpuan semua pihak ialah kejayaan MFL mengotakan janjinya untuk mendapatkan penaja utama sebelum Liga Malaysia pada musim 2020 bermula.

“Saya rasa bukan masalah besar nilai tajaan tidak dikongsikan kepada umum kerana rakan kongsi atau pasukan yang jadi keutamaan dalam saingan Liga Malaysia sudah tahu.”

“Kita kena hormat permintaan MFL serta TM dan kami sebagai rakan kongsi sedikit sebanyak sudah mengetahui perkara ini serta jangkaan hak penyiaran pada musim ini dalam beberapa taklimat yang lepas.

“Apa yang penting, kita kena sambut baik kerjasama selama tiga tahun antara TM dengan MFL ini yang menjadi permulaan baik kepada Liga Malaysia musim ini.

“Berapa nilai (agihan hak penyiaran) kami hargai kerana bantuan kewangan seperti ini cukup penting kepada semua pasukan bagi harungi musim ini,” katanya.

Kredit foto: Malaysia Football League

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram