Mino Raiola: “Tiada Perseteruan Di Antara Pogba Dan Mourinho”

Ejen kepada Paul Pogba, Mino Raiola akhirnya tampil untuk menafikan spekulasi bahawa pemain di bawah jagaannya itu tidak gembira di Old Trafford dan bertelingkah dengan pengurus Manchester United, Jose Mourinho.

Pogba kembali menyertai Manchester United pada 2016 dengan nilai perpindahan yang mencecah rekod dunia pada ketika itu, bernilai £89.3 juta daripada Juventus.

(Photo by Icon Sport/Icon Sport via Getty Images)

Selepas melalui musim pertama dengan menjuarai dua trofi kejuaraan, iaitu Piala EFL dan UEFA Europa League pada musim lalu, laporan media di Britain mengatakan kemeruduman prestasi pemain tersebut adalah disebabkan oleh Mourinho meletakkan Pogba di bahagian tengah pertahanan, dan buka di posisi tengah menyerang yang digemarinya ketika bersama Juventus.

Spekulasi pertengkaran membabitkan Mourinho dan Pogba juga dikaitkan dengan status pemain tersebut yang sekadar berada di bangku pemain simpanan, dengan pemain muda Scott McTominay menjadi pilihan pengendali dari Portugal itu untuk beberapa perlawanan.

/ (Photo credit should read IAN KINGTON/AFP/Getty Images)

Mourinho sebelum ini turut menafikan wujudnya persengketaan antara beliau dan Pogba, dan menekankan tindakan beliau untuk meletakkan Pogba di bangku pemain simpanan diterima baik pemain tersebut.

“Pogba menerima hakikat bahawa beliau tidak menampilkan prestasi yang diharapkan untuk beberapa perlawanan lalu, dan ia tamat di situ. Untuk perkara lain, anda pasti banyak membaca laporan akhbar, dan ia adalah penipuan,” jelas Mourinho pada Februari lalu.

Laporan persengketaan antara Mourinho dan Pogba turut sehingga mengaitkan Real Madrid, yang dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah antarabangsa Perancis itu pada musim panas akan datang.

(Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Namun semua itu kini ditenangkan oleh ejen pemain tersebut, Mino Raiola yang berkata:

“Saya tidak memindahkan sesiapa kemana-mana. Saya bukan teksi atau pun kapal terbang.” Jika ada perkara tidak seperti yang kita harapkan, saya bersedia untuk melakukan tugas saya.”

“Antara tugas utama saya ialah untuk mencari penyelesaian terbaik untuk pemain dan kelab yang diwakilinya.”

“Namun demikian, Jose Mourinho dan Paul Pogba tidak ada isu dan tidak bertelagah sesama sendiri. Malah Pogba menegaskan beliau mahu memenangi trofi bersama Manchester United.”

Pogba kembali menjadi watak utama ketika membantu Manchester United menewaskan Chelsea 2-1 pada minggu lalu.

Minggu ini turut akan menjadi minggu penting buat Pogba dan Mourinho, apabila bakal bertemu Crystal Palace pada awal Selasa depan, sebelum menunggu kunjungan Liverpool di Old Trafford pada 10 Mac akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN