Rainbow Flick Dan Rainbow Jersey: Persona Ilhan Mansiz, Neymar Dan Azizulhasni Awang

Istilah “Rainbow Flick” agak janggal bagi kita di Malaysia. Di dalam sukan bola sepak, ia adalah satu skil yang mampu membuat penonton kagum.

Tidak semua pemain berkebolehan membuat gerakan sedemikian.”Rainbow Flick” atau dikenali sebagai “Lambretta” di Brazil.

Ia adalah kebolehan seseorang pemain menyungkit bola dari arah belakang pemain yang memyerang mengunakan kawalan kedua-dua belah kaki untuk melepasi pertahanan lawan.

Ia juga boleh dilakukan dalam arah yang bertentangan. Cuma ia lebih signifikan dengan mengangkat bola dari belakang melepasi kepala, dan ke depan.

Trajektori pergerakan bola tersebut menyebabkan skil ini dinamakan “Rainbow Flick“.

Di dalam bola sepak moden, kita pernah menyaksikan Ilhan Mansiz memperdayakan Roberto Carlos menggunakan kaedah ini dalam separuh akhir Piala Dunia 2002.

Roberto Carlos menjadi mangsa skil menarik Ilhan Mansiz dalam salah satu gerakan menyerang pasukan Turki.

Roberto Carlos tiada pilihan melainkan terpaksa mengasari penyerang Turki itu untuk mengelakkan Ilhan meluru ke arah gol pasukan Brazil.

Selain daripada Ilhan Mansiz, gerakan tersebut sering digunakan oleh pemain seperti Neymar Jr. pada hari ini. “Rainbow Flick” juga sering diperagakan oleh pemain di dalam “street soccer” maupun futsal.

Azizulhasni dan Rainbow Jersey!

Lupakan sebentar gerakan menarik “Rainbow flick“. Mari kita bercerita pelangi dalam konteks dunia velodrome pula.

Semalam, atlet berbasikal negara dianugerahkan dengan satu lagi ‘pelangi’ di atas pencapaian luar biasa dalam Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI yang berlangsung di Hong Kong.

Cycling – UCI Track World Championships – Men’s Keirin, Final – Hong Kong, China – 13/4/17 – Malaysia’s Mohd Azizulhasni Awang celebrates with gold medal. REUTERS/Bobby Yip

Azizulhasni Awang, atlet lumba basikal kelahiran Terengganu membolot pingat emas menewaskan jaguh No.1 dan 2 dunia, Fabian Puerta dari Colombia serta Tomas Babek dari Republik Czech dalam perlumbaan akhir di Velodrom Hong Kong.

Pelumba dengan jolokan “The Pocket Rocketman” ini bernasib baik untuk melayakkan diri ke final acara keirin di kejohanan itu.

Azizul pada mulanya gagal melepasi saingan pusingan ke-2 setelah sekadar menamatkan perlumbaan di tangga keempat. Hanya tiga pelumba terbaik layak berentap di final.

Sumber: The Star

Walaubagaimanapun, Azizulhasni dihadiahkan tiket ke final selepas pelumba Jerman, Joachim Eilers yang menduduki tangga ketiga dibatalkan penyertaan kerana melakukan hadangan terhadap pelumba negara.

“Saya bagaikan tidak percaya. Saya sudah mencuba sejak 10 tahun lalu. Akhirnya masa saya tiba jua untuk bergelar juara dunia.”

“Saya sentiasa mencuba dan tidak pernah berputus asa…hari ini adalah hari saya selepas 10 tahun,” Ujar Azizul sejurus tamat perlumbaan final acara Keirin yang dimenanginya.”

Azizulhasni Awang juga tidak kekok untuk berkongsi kegembiraan di laman media sosial Instagram miliknya.

Beberapa foto dirinya memperagakan “Rainbow jersey” dan pingat emas yang dimenangi di muatnaik di akaun Instagram dan facebook beliau.

“Rainbow jersey” adalah simbol juara bertahan bagi pelumba basikal dan diperolehi di kejohanan dunia sahaja.

Azizulhasni akan menggunakan jersey berkenaan untuk acara keirin yang akan disertainya akan datang sehinggalah ke acara kejohanan dunia pada tahun hadapan untuk mempertahankannya.

Sebelum ini, Azizulhasni turut menjadi atlet pertama dari acara sukan lumba basikal menyumbang pingat gangsa ketika Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

Azizulhasni Awang juga merupakan seorang pelajar jurusan Sains Sukan di dalam bidang Bachelor of Sport Movement di Victoria University, Melbourne, Australia.

Kami di Semuanya BOLA turut kagum akan pencapaian Azizulhasni Awang di Hong Kong.

“Syabas dan tahniah “The Pocket Rocket Man”!

Baca juga: Impak Insiden Letupan Bas Borussia Dortmund: Antara Keuntungan Wang Atau Keselamatan Pemain?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN