Raheem Sterling Pasang Impian Dapatkan Jersi Lionel Messi

Raheem Sterling

Pemain Manchester City, Raheem Sterling memasang impian untuk mendapatkan jersi dari legenda Barcelona iaitu Lionel Messi sebelum beliau bersara.

Memetik laporan Goal, Sterling mengatakan ianya adalah satu keinginan utama dirinya untuk memperoleh jersi dari pemain terbaik dunia itu.

Sebelum ini, beliau pernah mendapatkan jersi dari Neymar ketika pemain itu bermain untuk Barcelona. Sejak itu, pelbagai jersi dari ramai pemain telah diperoleh beliau.

“Satu-satunya jersi yang benar-benar saya mahukan adalah dari Messi, saya pernah dapat jersi Barcelona milik Neymar dan saya rasa itulah jersi pertama yang saya tukar dalam karier.”

Sterling mengatakan mendapatkan jersi dari Messi adalah sebahagian daripada perancangan pasca bermain apabila beliau mahu menyediakan ruang untuk jersi-jersi yang diperoleh beliau sepanjang karier di rumahnya.

“Saya seorang pengumpul jersi, namun saya belum gantung satu jersi pun di dinding rumah saya setakat ini.”

“Apabila saya sudah tamat bermain, kemudiannya berpindah ke tempat lain dan telah kumpul banyak jersi. Saya akan pilih jersi kegemaran saya dari pemain lawan yang saya hadapi dan buatkan satu bilik khas untuk trofi dan jersi bola sepak.”

Buat masa ini, Sterling belum berbuat demikian kerana beliau tidak mahu pengunjung rumahnya mengetahui yang dirinya adalah seorang pemain bola sepak profesional.

Sebaliknya, beliau lebih mahukan pengunjung rumahnya mengetahui dirinya sebagai seorang pemuda biasa yang cukup menjaga keluarganya.

Baca juga artikel kami mengenai Raheem Sterling:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply