Rafieq Al-Amzar Mahu Ikut Jejak Luqman Hakim Di Eropah

Rafieq Al-Amzar Luqman Hakim Eropah 2021

Walaupun menjadikan Safawi Rasid sebagai idolanya, penyerang muda, Rafieq Al-Amzar mahu menjadikan Luqman Hakim sebagai modelnya untuk berjaya di Eropah.

Namanya menjadi tumpuan selepas menyertai sebuah kelab divisyen 2, Liga Bosnia & Herzegovina iaitu NK Zvijezda Gradacac pada awal bulan Julai yang lalu. Dan kira-kira seminggu yang lalu, Amzar sudah menunjuk belangnya apabila berhasil meledak gol.

Dalam satu aksi persahabatan menentang Reprezentacua Grada Gradacac, Amzar yang dimasukkan di babak kedua telah membantu mereka meraih kemenangan 5-0 dengan tiga gol NK Zvijezda Gradacac melibatkan dirinya – satu gol dan dua assist.

Divisyen 2, Liga Bosnia & Herzegovina bakal bermula pada 14 Ogos depan dan mereka ketika ini dalam persediaan akhir menjelang sepak mula, berdepan FK Buducnost.

Amzar merupakan pemain kelahiran Selangor dan produk daripada Sekolah Sukan Pahang. Seusia dengan Luqman Hakim, Amzar melihat kejayaan Luqman Hakim menyesuaikan diri di Eropah sebagai model terbaik buat dirinya untuk berjaya.

Luqman Hakim sedang berkelana di Belgium bersama KV Kortrijk yang bersaing di Jupiler Pro League. Setakat ini dalam aksi pra musim menjelang sepak mula liga, Luqman Hakim dilihat telah membuat beberapa penampilan dalam babak kedua.

Ia satu perkembangan yang positif buat Luqman Hakim yang dilihat melalui proses transformasi mendadak apabila bentuk fizikalnya kini dilihat semakin sasa dan keras. Ia turut diakui oleh pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe, tempohari.

Ketika berdepan Anderlecht pada Oktober 2020, Yves Vanderhaeghe memasukkannya pada minit ke-74, ketika mereka ketinggalan 0-3 dan itulah penampilan sulung dan satu-satunya penampilan Luqman Hakim di Jupiler Pro League musim lalu.

Sebelum aksi itu, bekas pengendali pasukan, Vanderhaeghe berkata yang dari segi fizikalnya, Luqman Hakim belum bersedia untuk diturunkan sepenuh masa. Namun, dengan perubahan susuk tubuh anak muda itu, adakah beliau telah bersedia?

Menurut Amzar yang mahu mengikut jejak langkah Luqman Hakim itu, beliau mahu memastikan yang dirinya akan mendapat kontrak lanjutan daripada kelabnya nanti.

Bercakap kepada Berita Harian selepas menyertai kelab itu, Amzar berkata, “Luqman adalah contoh terbaik bagi saya. Semua saya sudah bersedia, cuma saya nak kena biasakan diri dengan cuaca, budaya, makanan dan saya perlu kuatkan mental.”

“Perasaan saya bercampur antara gembira, tak sabar dan ada juga rasa takut kerana ini kali pertama akan duduk lama di luar negara seorang diri,” tambahnya lagi yang menurut bapanya, beliau akan mudah menyesuaikan diri tinggal berseorangan.

Ini kerana, Amzar sudah biasa tinggal di asrama dan berjauhan dengan keluarga ketika bersekolah di Sekolah Sukan Pahang, menyebabkan bapanya tidak risau kepadanya.

Baca lagi artikel lain mengenai bola sepak antarabangsa dan dalam negara:

[VIDEO]: Lihat Aksi Luqman Hakim Yang Sungguh Licik Bantu KVK Belasah KRC Harelbeke

Dianggap Pakar Perpindahan Chelsea, Marina Akhirnya Bertemu Buku Dengan Ruas?

Peluang Terhad Di KL City, Adakah Perak FC Destinasi Safee Sali Selepas Ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN