Rafael Van Der Vaart Beralih Ke Sukan Dart, Bakal Sertai Pertandingan Di Denmark

Van Der Vaart

Selepas memasuki zon persaraan, tidak semua pemain bola sepak akan terus berada dalam dunia sukan. Ada yang menyertai dunia politik atau pun menguruskan bisnes.

Paling tidak, ada juga yang bertukar arah dengan menjadi pemain sukan lain.

Kisah Rafael Van Der Vaart

Rafael Van Der Vaart antara salah satu contoh bekas pemain bola sepak yang menjadi pemain sukan lain. Dart telah dipilih sebagai sukan terkininya.

Bulan hadapan, beliau akan menyertai dua pertandingan dart di Denmark iaitu Terbuka Denmark dan Denmark Masters. Beliau bersama abangnya, Fernando akan membuat penampilan sulung pada kejohanan tersebut.

Pada Januari lalu, beliau telah bersama salah seorang pemain dart terkemuka, Michael van Gerwen untuk satu pertandingan yang disertai khas oleh selebriti. Van Gerwen merupakan rakan senegara Van Der Vaart.

Namun, gandingan mereka hanya mampu berpuas hati hanya menjadi naib johan bagi pertandingan itu di Jerman

Warna warni

Rafael van der Vaart of Spurs Legends during the Legends match between Tottenham Hotspur Legends against Inter Milan Legends at White Hart Lane Stadium, London England on 30 March 2019 (Photo by Action Foto Sport/NurPhoto via Getty Images)

Nampaknya bekas pemain Spurs ini membuka naskah terbaru dalam kehidupannya. Van Der Vaart sebelum ini pernah beraksi dengan Hamburg di Jerman.

Kelab terkenal Sepanyol, Real Madrid juga pernah mendapatkan khidmat beliau dari 2010 hingga 2011. Beliau pernah seketika bersama Real Betis.

Kelab pertama profesional pemain tengah Belanda ini ialah Ajax Amsterdam. Bersama Ajax beliau memenangi dua kali Eredivisie.

Kelab terakhir Van Der Vaart ialah kelab Denmark, Esjberg. Pada November tahun lalu, beliau mengambil keputusan bersara selaku pemain bola sepak profesional.

Kami ingin beliau dapat bersaing bersama Frank Lampard, pengurus Derby County yang pernah muncul dalam perlawanan dat. Selamat berjaya untuk bintang Belanda ini!

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN