Rafael Gil Sanchez Jurulatih Baru JDTII

JDTI menerima ketua jurulatih mereka yang baharu. Ini selepas Ervin Boban meninggalkan pasukan tersebut.

Dalam sesi dialog khas TMJ sebelum ini, baginda memberikan bayangan bahawa, jurulatih baharu JDTII adalah dari Sepanyol.

Dan sebentar tadi, Pengarah Teknikal JDT, iaitu Allistair Edwards mengumumkan perlantikan Rafael Gil Sanchez untuk menjadi ketua jurulatih pasukan pembangunan mereka.

TMJ turut menegaskan JDT akan mengambil langkah drastik dalam memperkasakan JDTII yang menjadi feeder club kepada JDT. Mereka mahu mengubah beberapa polisi yang sebelum ini telah membataskan perkembangan pemain muda.

Allistair dalam kenyataan rasmi menerusi JST berkata: “Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menandatangani bekas Pengarah Akademi & Pencari Bakat Malaga CF, Rafael Gil Sanchez sebagai ketua jurulatih JDT II yang baharu.

“Beliau telah memikul pelbagai tugas di Sepanyol seperti ketua jurulatih Akademi Malaga dan Bawah-23. Beliau juga telah berkhidmat sebagai pencari bakat RCD Espanyol di England dan penolong jurulatih untuk skuad kebangsaan Arab Saudi.”

“Antara tugas utama Rafael adalah membantu perkembangan pemain muda dalam pasukan dan bermain gaya yang sama dengan skuad senior, sekali gus membolehkan kelancaran peralihan ke skuad senior.”

“JDT II akan menyaksikan kemasukan lebih ramai pemain muda pada tahun 2020 berikutan keputusan kelab untuk melepaskan beberapa pemain dan mempromosikan pemain dari Akademi.”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram