Rafael Benitez Sah Akan Tinggalkan Newcastle United

Rafael Benítez sah akan meninggalkan Newcastle United pada Ahad akan datang selepas kontrak beliau berakhir. Perkara itu didedahkan sendiri oleh pihak kelab melalui satu kenyataan.

Melalui kenyataan tersebut, Newcastle United berkata:

“Kami [kelab] telah bekerja keras untuk menyambung kontrak Rafa [Benitez] untuk tempoh tertentu, namun perancangan tersebut tidak berlaku – dan tidak akan berlaku – atau mungkin untuk dipersetujui oleh Rafa dan wakilnya.

“Kakitangan kejurulatihan lain yang dibawa masuk oleh Rafa iaitu Paco de Miguel Moreno, Antonio Gomez Perez dan Mikel Antia juga akan meninggalkan kelab ini pada 30 Jun hadapan.

“Oleh itu kami mau mengucapkan terima kasih kepada Rafa dan pasukan kejurulatihan beliau untuk segala sumbangan sejak tiga tahun yang lalu, yang dianggap secara kolektif telah tercapai.

“Kami turut mahu mengucapkan terima kasih kepada penyokong, pemain dan kakitangan lain diatas kesabaran untuk tempoh yang tidak menentu ini. Proses melantik pengganti akan bermula dari sekarang.”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram