Rafa Benitez Mahu Terus Kekal Di Newcastle United

Rafa Benitez

Pengurus Newcastle United, Rafa Benitez yang berang akibat tidak mendapat sokongan dari pemilik kelab, Mike Ashley berkenaan urusan perpindahan pemain diberitakan tidak akan meninggalkan kelab tersebut.

Sebelum ini desas-desus kuat mengatakan bahawa pengendali dari Sepanyol itu akan meninggalkan The Magpies dan menjadi calon utama bagi menggantikan pengurus West Ham United, Slaven Bilic yang sedang dalam bahaya ekoran prestasi buruk selepas 3 perlawanan.

Disebalik hubungan dingin Benitez dengan pengurusan tertinggi kelab itu, beliau mengakui bahawa amat menyukai kehidupan di St James Park dan ikatan kuat yang terjalin bersama penyokong Newcastle atau lebih dikenali sebagai Toon Army.

” ‘The North East’ sudah menjadi seperti rumah buat saya, Saya seperti sangat dialu-alukan oleh semua orang di kelab ini, penyokong dan bandar ini sejak dari hari pertama saya menjejakkan kaki disini.”

”Saya bersyukur kerana mempunyai hubungan positif dengan penyokong kami (Newcastle United) yang hebat.”

“Apa yang saya boleh lakukan adalah terus bekerja keras setiap hari dan mencuba sebaik mungkin untuk memberikan mereka satu pasukan untuk dibanggakan.”

“Para penyokong adalah motivasi dalam segala yang kami lakukan dan saya sangat gembira kami dapat membuatkan mereka berasa bahagia pada musim lalu (layak ke Liga Perdana Inggeris).

”Kami tahu musim ini akan menjadi musim yang sukar dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi dengan sokongan para peminat yang sentiasa bersama kami, ia memberi kami peluang yang lebih baik untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan.”

Rafa Benitez sudah 2 kali terpaksa membuat keputusan penting mengenai masa depannya bersama kelab berikutan penyingkiran Newcastle United dari EPL musim 2015-16 lalu dan pada bulan Mei yang lepas beliau mendapat tawaran kerja yang lumayan dari China.

Beliau turut mendedahkan bahawa adalah anak-anak perempuannya, Claudia dan Agata meyakinkan supaya terus tinggal di Newcastle.

Newcastle United kini berada di tangga ke-14 Liga Perdana Inggeris selepas tamat 3 perlawanan apabila skuad bimbingannya mencatatkan satu kemenangan dan dua kekalahan.

Sumber :

Daily Star (2017) http://www.dailystar.co.uk/sport/football/642920/Newcastle-United-News-Rafa-Benitez

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN