Jamie Carragher: “Rafa Benitez Harus Tinggalkan Newscatle United”

Benitez

Rafa Benitez jelas menghadapi masa yang penuh ranjau ketika menjadi pengurus Newcastle United.

Walaupun beliau jelas merupakan pengurus yang cukup disenangi oleh para penyokong kelab tersebut, akan tetapi beliau seolah tidak dapat berasakan yang sama dari pihak atas kelab.

Oleh itu, Benitez disarankan untuk pergi jauh dari kelab itu.

Menurut laman Liverpool Echo, bekas pertahanan Liverpool itu mahu bekas pengurus kelab tersebut meninggalkan Newcastle United.

Benitez
NEWCASTLE UPON TYNE, ENGLAND – MAY 13: Newcastle United manager Rafa Benitez is seen during the Premier League match between Newcastle United and Chelsea at St. James Park on May 13, 2018 in Newcastle upon Tyne, England. (Photo by Ian MacNicol/Getty Images)

Hal ini kerana menurut Carragher, Newcastle United adalah sebuah kelab bola sepak yang gagal.

Puncanya adalah satu iaitu pemilik kelab tersebut iaitu Mike Ashley.

Kata Carragher, sifirnya cukup mudah iaitu jika Ashley masih lagi kekal maka Benitez perlu pergi.

“Dalam konteks bola sepak, saya tak faham kenapa Rafa Benitez masih lagi kekal di Newcastle United sebagai pengurus.”

“Untuk pengurus seperti Benitez, apabila beliau gagal dipersembahkan dengan wang dan sasaran hanya perlu kekal di Premier League, ianya tidak komprehensif!”

“Beliau jelas tak boleh nak lakukan apa-apa di St. James Park, selagi Ashley masih di sana, tiada perubahan akan berlaku.”

Masa depan Benitez di Newcastle United kelihatan tergantung kerana beliau tidak mahu menerima lanjutan kontrak dari kelab tersebut.

Hal ini kerana, Benitez tidak berpuas hati dengan tindakan Ashley yang tidak mahu memberi wang dan meningkatkan fasiliti akademi kelab.

Benitez ditawarkan lanjutan kontrak 5 tahun oleh Newcastle United.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply