Rabih Ataya Tak Cukup ‘Baguih’ Untuk Kedah Setakat Ini?

Rabih Ataya Kedah 2021

Berdepan Melaka United, Kedah Darul Aman FC bangkit untuk menewaskan lawan 3-1 selepas sejam perlawanan berlangsung dan sebaik sahaja Rabih Ataya dibawa keluar.

Adakah dengan keluarnya playmaker baharu mereka itu, mereka boleh bermain seperti biasa seterusnya bangkit untuk menang. Untuk rekod, dalam tiga kali selepas pemain skuad kebangsaan Lubnan itu keluar dan Kedah berjaya memenangi perlawanan.

Ia melibatkan perlawanan menentang Melaka United, KL City FC dan Selangor FC yang mana kebangkitan skuad Hijau Kuning berlaku selepas Rabih Ataya tiada di dalam padang dan tentunya dengan kemasukkan Fayadh Zulkifli dan Azamuddin Akil.

Selain itu, dua kali Kedah berjaya bangkit tetapi hanya mampu menamatkan aksi dengan keputusan seri iaitu ketika berdepan Penang FC dan Perak FC. Dan hanya dua dalam 11 aksi, Rabih Ataya keluar, namun Kedah tetap gagal meledak gol dan tewas, iaitu kepada Terengganu FC dan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Dalam baki empat lagi perlawanan, iaitu berdepan Sri Pahang, UiTM FC, PJ City FC dan Sabah FC, Kedah tetap menang dengan Rabih Ataya berada dalam pasukan. Hanya berdepan PJ City, Rabih Ataya dibiarkan untuk beraksi penuh oleh Aidil Sharin Sahak.

Jadi, adakah Kedah boleh menang jika tiada kelibat Rabih Ataya di dalam padang. Apa yang berlaku ketika beliau bermain. Beliau dikatakan terlalu lama memegang bola.

45.5 peratus dalam pusingan pertama ini, terbukti dengan keluarnya pemain itu, Kedah mampu bangkit untuk seri atau menang, sementara 36.3 peratus, Kedah memang dalam perjalanan untuk menang biarpun pemain itu kekal bermain dalam pasukan. Baki 18.2 peratus, Kedah tetap gagal bangkit untuk mengubah keputusan.

Rabih Ataya adalah pemain yang bagus, namun impaknya masih belum menyeluruh buat Kedah. Jika dilihat, hantaran-hantarannya berjaya membelah pertahanan lawan, namun kombinasinya dengan Kpah Sherman dan Kipre Tchetche masih lemah.

Mungkin itu yang menjadi batu penghalang kepada Kedah dalam menjelmakan keputusan positif apabila beliau beraksi. Dan kombinasi Fayadh Zulkifli dan Azamuddin Akil dilihat yang terbaik untuk membantu Kedah dalam 30 minit terakhir perlawanan.

Diketahui memiliki kualiti hantaran yang baik, bersama The Lions musim lalu, pemain skuad kebangsaan Lubnan itu beraksi di jentera serangan kanan dan telah banyak membantu membuat hantaran lintang berkualiti kepada penyerang.

Bersama Hijau Kuning, Aidil Sharin meletakkannya di jentera tengah menyerang dan perlu menggerakkan jentera tengah untuk membuka ruang serta peluang buat Kipre Tchetche dan Kpah Sherman untuk menghasilkan jaringan gol.

Disebabkan itu, kita melihat bek kanan, Rizal Ghazali akan naik sehingga ke defensive third lawan untuk membuat hantaran lintang. Walaupun di atas kertas, Kipre Tchetche tampak seakan-akan pemain sayap menyerang kanan, namun, beliau dilihat diberikan kebebasan untuk membantu Kpah Sherman di jentera serangan.

Mungkin atas faktor itu kita kurang dapat melihat kemampuan sebenar Rabih Ataya yang bergerak di tengah. Aidil Sharin lebih mengetahui mengapa beliau meletakkan percaturan sebegitu walaupun ramai menjangkakan, gandingan tiga serangkai Kpah Sherman, Kipre Tchetche dan Rabih Ataya sebagai penggempur.

Jadi, masihkah ada sisa kesabaran penyokong Kedah menanti kombinasi mantap ketiga-tiga pemain itu? Sampai bila mereka harus menanti prestasi sebenarnya?

KREDIT FEATURED IMAGE: ARENA HIJAUKUNING

Baca lagi artikel lain mengenai Kedah Darul Aman:

Perlawananan Kedah Darul Aman FC VS JDT Diteruskan Tanpa Kehadiran Penyokong – MFL

Kedah Tiada Masalah Tanpa Penggempur Utama Kpah Sherman

Aidil Sharin Lega Percaturan Berisikonya Tak Rencatkan Aksi Kedah

Leave a Reply