Rabih Ataya Mula Pamer Sentuhan Sebenar Bersama UiTM FC

Kerjasama Semuanya BOLA

Rabih Ataya

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini dunia bola sepak

Meskipun bola sepak dimainkan secara berpasukan, kehadiran pemain import, Rabih Ataya dilihat telah mengubah corak permainan pendatang baharu CIMB Liga Super Malaysia 2020, UiTM FC.

Itulah analogi yang tepat bagi menggambarkan prestasi penyerang kebangsaan Lubnan ini, dimana perpindahannya menyertai pasukan berstatus Universiti ini pada awal musim tempoh hari mengejutkan banyak pemerhati bola sepak tempatan, terutamanya yang masih segar dengan jaringan pemain ini ketika Lubnan menentang Malaysia, dua tahun lalu.

Tidak begitu menjadi ketika perlawanan pembukaan menentang Melaka United, prestasi sebenar Ataya mula dipamerkan ketika aksi bertemu JDT di tempat lawan.

Gerakan liciknya terus menjadi bualan ketika pertembungan menentang Kedah di Shah Alam, dan ketajaman aksinya mula mempamer belang ketika kemenangan ke atas PDRM, dua hari lalu.



Satu jaringan gol melalui sepakan percuma yang mengelirukan, serta satu bantuan gol dari sepakan penjuru, Rabih Ataya kerap kali menjadi penggerak kepada setiap gerakan pasukan UiTM FC pada perlawanan ini.

Persefahaman bersama penyerang tunggal, Gustavo Almeida juga bakal menjadi masalah besar kepada mana mana barisan pertahanan lawan yang bakal ditentang. Malah, sepakan penalti yang diperoleh dan sekaligus disempurnakan oleh Gustavo juga berpunca daripada hantaran pemain berusia 30 tahun ini.

Dengan prestasi baik ditampilkan, tidak terkejut andai aksi dan kelibat Rabih Ataya akan dirantai oleh barisan pertahanan lawan selepas ini, malah disaat banyak pasukan sedang menilai aksi pemain import baru mereka, tidak keterlaluan ada yang sudah mengintai khidmat pemain ini untuk dipancing.

UiTM FC, jaga Ataya walau apa sekali kos yang diperlukan!

Kredit foto: UiTM FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply