Quique Setien Mungkin Dibuang Kerja Oleh Barcelona

Quique Setien

Pengurus Barcelona, Quique Setien kini di dalam zon bahaya selepas pengurusan tertinggi kelab tersebut sudah semakin hilang sabar dengan beliau.

Menurut laporan Goal, kesabaran terhadap Setien kini semakin menipis selepas beliau gagal memberikan peningkatan prestasi kepada pasukan tersebut dikala saingan merebut takhta La Liga semakin menuju ke penghujung.

Buat masa sekarang, kelebihan memihak Real Madrid dalam perebutan takhta juara Sepanyol terutamanya selepas Barcelona seri dengan Celta Vigo.

Dikhabarkan, Setien kini diberikan kata dua; tingkatkan prestasi pasukan secara mendadak atau bawa pula gelaran La Liga atau UEFA Champions, jika gagal beliau berhadapan hilang kerja.

Untuk rekod prestasi Barcelona selepas liga kembali bersambung sememangnya tidak begitu memberangsangkan terutamanya dengan bintang utama Lionel Messi gagal menjaringkan sebarang gol.

Setien bukan sahaja menerima tekanan daripada pengurusan tertinggi, bahkan menerima perkara yang sama daripada para pemain yang jelas tidak gemar akan cara pengurusan beliau.

Messi dan Gerard Pique dikhabar tidak menggemari cara Setien menguruskan pemain yang dilihat terlalu menjaga pemainnya.

Selain Setien, Eder Sarabia juga tidak digemari oleh para pemain Barcelona ketika ini.

Untuk rekod, Setien bukanlah pilihan pertama untuk menggantikan Enersto Valverde, sebaliknya Ronald Koeman dan Xavi Hernandez dilihat calon lebih kuat untuk mengisi kerusi panas itu.

Xavi yang kini berada di Qatar menzahirkan keinginan untuk kembali.

Baca juga artikel kami mengenai Quique Setien:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram