Quentin Cheng: Saya Yang ‘Desak’ Untuk Ke Penang FC

Quentin Cheng Penang FC 2021

Peluang untuk bermain dalam skuad utama menjadi keutamaan buat pemain skuad B-22 negara, Quentin Cheng selepas dipinjamkan ke Penang FC oleh Selangor FC.

Ini kerana, beliau tidak tersenarai dalam lima pemain yang telah dinaikkan pangkat ke skuad utama Selangor musim depan dan selepas setahun di Liga Premier bersama Selangor 2, beliau mungkin sudah terasa yang beliau memerlukan cabaran baharu.

Sebelum tiba di Selangor pada Februari tahun lalu, pemain kacukan Malaysia-Australia itu beraksi di A-League Australia bersama Central Coast Mariners dan aksinya bersama skuad B-23 negara di Sukan SEA menyaksikan beliau akhirnya dipinang Selangor.

Mengakui yang dirinya amat dahagakan aksi bersama skuad utama, Quentin Cheng akhirnya mengambil keputusan untuk mendesak agar perpindahan beliau menjadi realiti. Ini kerana, tiada namanya dalam senarai pemain muda yang dinaikkan pangkat.

“Saya yang minta [untuk dipinjamkan ke Penang FC]. Mereka menyatakan minat mereka kepada saya dan saya lihat gaya hidup di sana juga sangat baik,” ujarnya.

Pemain bek sayap kanan itu dijangkakan akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Fairuz Zakaria yang mengambil keputusan kembali ke negeri kelahirannya untuk bersama Kedah Darul Aman FC. Pemain berusia 21 tahun itu bakal bersaing bersama seorang lagi pemain baharu, C. Suwarna Raj yang tiba daripada Perak II.

Persaingan dengan pemain yang juga baharu menyertai Penang FC, Suwarna Raj, memungkinkan buat Quentin Cheng meraih lebih peluang untuk bersama skuad utama selepas menonjolkan aksi baik bersama skuad B-23 negara di Sukan SEA 2019.

Hanya diturunkan dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan oleh Datuk Ong Kim Swee, beliau berjaya meledak satu gol buat skuad negara yang tewas kepada Kemboja dan seterusnya terpaksa pulang awal selepas tersingkir di peringkat kumpulan.

“Saya sangat kecewa kerana tidak dapat bersama skuad utama Selangor, tetapi tiada apa yang dapat kita buat dengan situasi COVID-19 ketika ini,” maklumnya mengenai perasaannya apabila tersenarai dalam skuad utama untuk Piala Malaysia tetapi pertanding pula telah dibatalkan akibat peningkatan penularan COVID-19.

Dan apabila senarai musim ini telah dikeluarkan oleh Selangor dan namanya tidak tersenarai, ini yang memaksanya untuk mengambil langkah berani untuk keluar mencari peluang bersama pasukan lain. Katanya, “Saya rasakan ia adalah tempat [Penang FC] yang sangat sesuai untuk saya menikmati permainan bola sepak semula.”

Beliau yang bercakap kepada Goal Malaysia turut menyatakan yang kem Harimau Kumbang sangat mengalu-alukan kehadirannya dan berasa sangat gembira.

Tambahnya, “Untuk saya, saya mahu beraksi sebanyak mungkin di Liga Super dan pertandingan lain serta berharap akan dapat berikan aksi yang terbaik.”

KREDIT FEATURED IMAGE: PENANG FC

Baca lagi artikel lain mengenai Quentin Cheng dan Penang FC:

Masalah Di Jentera Sayap? Kan Ada Mukhairi Ajmal Dan Quentin Cheng

5 Kelebihan Ryuji Utomo Yang Boleh Bantu Penang FC Di Liga Super

Penjaga Gol Ke-4 Terbaik Liga Super, Bryan See Tekad Cabar Slot Utama Penang FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN