Uniknya Nama Putu Gede, Anak Kampung Yang Mahu Membantu Timnas Indonesia

Dalam perlawanan kelayakan Piala AFC B-23, satu nama yang menarik perhatian peminat bola sepak Malaysia adalah Putu Gede.

Ramai yang bertanya, adakah itu nama pemain ataupun istilah lain. Ternyata ia memang nama pemain skuad B-23 Indonesia

Profail ringkas

Nama penuh: Putu Gede Juni Antara
Tempat Lahir: Denpasar, Bali
Tarikh lahir : 7 Jun 1995
Posisi : Bek sisi/ bek sayap

Putu Gede adalah seorang pemain beragam Hindu. Beliau memulakan karier sejak 2010. Putu Gede merupakan anak tunggal pasangan Made Raka dan Ni Nyoman Suji.

Putu memakai anting di salah satu telinga beliau. Ia bukan untuk tujuan stailo. Sebaliknya ia adalah budaya masyarakat Hindu di Bali. Anting-anting kaum lelaki ini disebut brandes.

Bakat bola sepak Putu Gede dikesan sejak kecil lagi oleh guru sekolah beliau. Beliau bermula dengan Sekolah Sepak Bola (SSB) Putra Tresna, Denpasar.

Kematangan di dalam permainan beliau membolehkan bek kanan ini diserap masuk ke pasukan bola sepak SMA Ragunan. Beliau kemudian dikesan oleh pemantau bakat di Indonesia.

Pemantau bakat ini mencadangkan agar Putu Gede dan keluarganya berpindah ke Jakarta untuk membantu Putu Gede meneruskan pembangunan bola sepak beliau. Mereka berpindah ke Jakarta pada 2011.

2 tahun kemudian, pada 2013, Putu Gede dipilih mewakili timnas B-19 Indonesia dalam kejohanan AFF B-19. Beliau bermain di posisi kegemaran beliau, bek kanan.

Beliau menjadi nadi penting kejayaan Indonesia menjuarai kejohanan tersebut.

Pada 2013, Putu Gede dipilih mewakili skuad B-23 Indonesia. Pada 2014, beliau menyertai Persebaya Surabaya. Ia langkah besar dalam karier profesional Putu Gede.

Beliau sentiasa berharap akan menjadi pemain profesional kerana mahu membantu ibu bapanya yang susah. Ayahnya hanya bekerja sebagai pengukir patung.

Selepas itu, tawaran dari pasukan sekitar Indonesia mencurah-curah untuk Putu Gede. Beliau kemudian menyertai Surabaya United. Kini beliau bermain untuk Bhayangkara Surabaya United.

Baru-baru ini, beliau menyertai latihan polis bersama 27 pemain muda bola sepak Indonesia yang lain. Beliau bermain untuk Polri ketika dalam tempoh latihan.

Kini, Putu Gede terpilih sekali lagi dalam tugasan kebangsaan Indonesia dalam pusingan kelayakan Piala AFC B-23 tahun di Bangkok.

Itulah serba sedikit tentang Putu Gede, pemain dari perkampungan kecil yang meletakkan negaranya di tingkat paling atas di hatinya. Pemain ini antara prospek panas di Liga Indonesia.

Siapa tahu, nama ini suatu hari nanti akan menyertai liga kita seperti Bambang Pamungkas, Ellie Aiboy, Kurniawan dan Andik Vermansyah.

Sumber

http://www.infokanlah.com/2016/08/biodata-putu-gede-juni-antara-terbaru.html

https://id.wikipedia.org/wiki/I_Putu_Gede_Juni_Antara

http://www.juara.net/read/sepak-bola/indonesia/171204-27.pemain.bhayangkara.fc.dilantik.jadi.anggota.polisi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN