Pusat Latihan Fiorentina Dinamakan ‘Centro Sportivo Davide Astori’

Untuk mengabadikan jasa seseorang di dalam sesuatu bidang, kita sering melihat bagaimana nama jalan raya atau pun bangunan dinamakan semula sempena individu yang pernah menabur jasa itu.

Di dalam bola sepak, perkara ini turut tidak terkecuali. Old Trafford misalnya mempunyai sebahagian daripada stadium yang dinamakan sebagai ‘Sir Alex Ferguson Stand’, untuk mengabadikan jasa pengurus legenda itu bersama kelab berkenaan.

Begitu juga dengan di Anfield, apabila pada Oktober tahun lalu, sebahagian daripada stadium berkenaan dinamakan sebagai ‘Kenny Dalglish Stand’ untuk memperingati jasa King Kenny dalam sejarah bola sepak kelab berkenaan.

(Photo credit should read VINCENZO PINTO/AFP/Getty Images)

Dalam langkah yang hampir sama, kelab bola sepak Serie A Itali turut akan mengambil jejak yang sama apabila bercadang menamakan semula pusat latihan skuad utama La Viola yang dikenali sebagai Centro Sportivo Campini.

Dalam pengumuman terbaru, Fiorentina berkata pusat latihan tersebut akan dikenali sebagai ‘Centro Sportivo Davide Astori’ untuk mengabadikan jasa kapten pasukan yang mengejutkan dunia bola sepak dengan kematian mengejutnya.

Pemain pertahanan yang pernah tampil sebanyak 14 kali bersama skuad kebangsaan Itali meninggal dunia pada usia 31 sejurus sebelum perlawanan menentang Udinese pada 4 Mac yang lalu.

(Photo credit should read FILIPPO MONTEFORTE/AFP/Getty Images)

Hasil bedah siasat yang dijalankan oleh pihak perubatan melaporkan kematian Astori berkaitan dengan serangan jantung yang dialami oleh pemain itu ketika sedang tidur.

Pengerusi Fiorentina, Mario Cognigni dalam satu kenyataan kepada media di Itali mengesahkan pusat latihan kelab Serie A itu akan dinamakan sempena bekas kapten pasukan kelab tersebut.

Astori yang meninggalkan seorang balu dan anak perempuan berusia 2 tahun, adalah produk akademi AC Milan sebelum menyertai Cagliari pada 2008.

Astori telah bersama Fiorentina selama 8 tahun, dan turut pernah beraksi bersama Roma secara pinjaman sebelum menyertai La Viola secara tetap kira-kira dua musim yang lalu.

Selain daripada menamakan pusat latihan Fiorentina kepada Centro Sportivo Davide Astori, kelab berkenaan turut mengambil langkah persaraan untuk jersi No.13 yang sinonim dengan Astori sejak tiba di Stadio Artemio Franchi.

Ribuan peminat dan penyokong serta wakil daripada setiap kelab Serie A menghadiri majlis pengebumian Astori yang diadakan pada 8 Mac yang lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN