Purata Pendapatan Gaji Pemain EPL Kini Langkaui £50K Seminggu

Liga Perdana Inggeris (EPL) menjadi liga bola sepak di dunia yang membayar purata pendapatan gaji seminggu sebanyak £50,000 (RM274,260) seminggu ataupun bersamaan dengan RM1.1 juta sebulan.

Nilai pendapatan itu adalah berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Global Sports Salaries Survey (GSSS) untuk tahun 2017. Kajian tersebut turut mendedahkan setiap kelab yang bertanding di EPL akan membelanjakan purata £2,642,508 untuk setahun.

Photographer: Matthew Lloyd/Bloomberg via Getty Images

Jumlah purata pendapatan gaji pemain bola sepak profesional di EPL adalah yang terbaik di eropah, dengan perbandingan turut dilakukan dengan La Liga (£32,309), Serie A (£25,492), Bundesliga (£24,142), dan Ligue 1 (£18,162).

Walaupun secara purata EPL menawarkan jumlah bayaran gaji tertinggi, nilai 3 pendapatan termahal untuk pemain bola sepak adalah daripada La Liga dan juga Ligue 1.

Barcelona menduduki carta dengan jumlah bayaran gaji termahal menjangkau nilai £6.6 juta setahun. Jumlah berkenaan adalah termasuk nilai kontrak yang baharu ditandatangani oleh Lionel Messi, dipercayai sekitar £500,000 seminggu.

(Photo by Martin Rickett/PA Images via Getty Images)

Paris Saint-Germain adalah kelab bola sepak kedua dengan rekod bayaran gaji tertinggi bernilai £6.5 juta setahun, dengan pemain termahal dunia Neymar dan juga Kylian Mbappe adalah antara pemain yang berada di dalam senarai penyata gaji kelab Perancis tersebut.

Ini diikuti oleh Real Madrid yang membayar pendapatan gaji pemain sebagai yang ke-3 tertinggi di dunia pada nilai £6.2 juta setahun.

EPL mempunyai 4 kelab yang berada di dalam senarai pembayar pendapatan gaji tertinggi di dunia.

(Photo by Stu Forster/Getty Images)

Manchester United dan Manchester City masing-masing berada di kedudukan ke-4 dan ke-5 dengan nilai bayaran £5.2 juta setahun. Manakala Chelsea dan Arsenal berada di kedudukan ke-8 dan ke-9.

Gergasi Jerman, Bayern Munich berada di kedudukan ke-6, Juventus berada di kedudukan ke-7 dan Atletico Madrid melengkapkan 10 pasukan dengan jumlah bayaran tertinggi untuk gaji pemain.

Musim lalu kajian oleh GSSS menunjukkan Manchester United berada di kedudukan teratas senarai bayaran untuk gaji pemain dengan nama seperti Wayne Rooney dan Bastian Schweinsteiger berada dalam senarai pembayaran kelab Manchester tersebut.

Kebiasaannya kejayaan di atas padang akan mempengaruhi pasukan mana yang akan memiliki jumlah pembayaran tertinggi untuk pendapatan gaji pemain.

Jumlah yang didedahkan oleh GSSS ini belum mengambil kira bonus kemenangan dan juga bonus prestasi pemain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN