Punca Sebenar Krisis Dihadapi Ancelotti Di Real Madrid Pada Hari Ini

Dua kekalahan dan satu seri dalam tempoh lapan hari membuatkan Carlo Ancelotti berhadapan dengan krisis pertamanya selaku pengendali Real Madrid.

Setelah membelasah 6-1 oleh Real Mallorca, Los Blancos seri 0-0 dengan Villarreal, tewas 2-1 di tempat sendiri kepada Sheriff Tiraspol dan kemudiannya tewas 2-1 kepada Espanyol di saingan La Liga.

Prestasi semasa risaukan Madridista

Tiga perlawanan tanpa kemenangan ibarat amaran, krisis kini melanda Real Madrid.

Walaupun Ancelotti wajar dipuji dengan beberapa perubahan positif sejak kembali bergelar pengendali di Estadio Santiago Bernabeu sebelum ini, jurulatih dari Itali itu harus mengubah momentum pasukan secepat mungkin.

Ada sebab mengapa mereka yang menggelarkan diri sebagai “Madridista” mulai risau dengan situasi dan prestasi semasa skuad kendalian Ancelotti.

Secara tiba-tiba aksi pasukan secara dramatik ketandusan gol. Hanya Karim Benzema menjadi satu-satunya pemain yang mampu menghasilkan jaringan.

Di bahagian pertahanan, apa yang dipamerkan amat goyah, menyaksikan gawang Los Blancos dibocori dalam dua perlawanan berturut-turut.

Perubahan posisi Alaba punca sebenar?

Bahagian pertahanan Real Madrid adalah yang paling terkesan akibat kecederaan beberapa pemain.

Walaupun sebelum ini Ancelotti berkata David Alaba akan beraksi sebegai bek tengah, bekas pengendali Everton itu terpaksa meletakkan Alaba di posisi bek kiri dalam perlawanan menentang Espanyol selepas aksi kurang meyakinkan Miguel Gutierrez di pertandingan Champions League.

Penggunaan sistem kepada 4-4-2 juga tidak berapa berkesan pada babak pertama, dan pemain seperti Eden Hazard pula masih kurang meyakinkan dan hanya memulakan perlawanan dari bangku pemain simpanan.

Real Madrid kini telah hilang tujuh mata dari lapan aksi liga, dan turut hilang kedudukan teratas di pertandingan Champions League.

Sekurang-kurangnya Real Madrid masih berada di kedudukan teratas La Liga, berkongsi mata dengan Atletico Madrid dan Real Sociedad.

Rumusan

Ancelotti adalah seorang jurulatih yang tidak gemarkan jendela perlawanan antarabangsa, kerana ia sering kali mengganggu persiapan dan momentum pasukan.

Di dalam situasi dihadapi Real Madrid, jendela perpindahan yang akan datang bermakna beliau dan anak buahnya tidak mempunyai ruang untuk terus memperbaiki kelemahan yang ada dan tampil bangkit secepat mungkin.

Pemain-pemain yang berpengkalan di Amerika Selatan hanya akan kembali dari tugasan antarabangsa pada 15 Oktober, menyebabkan perlawanan menentang Athletico Bilbao ditangguhkan ke tarikh lain.

Ini bermakna Ancelotti mempunyai tempoh rehat 18 hari, dan perlawanan pertama selepas itu ialah menentang Shakhtar Donetsk di pertandingan Champions League pada 19 Oktober.

Satu perkara yang pasti, Ancelotti pasti berdoa tiada lagi kecederaan berlaku membabitkan pemain-pemain utama pasukan sepanjang tempoh tersebut.

Ancelotti pasti pening memikirkan cara untuk mengelak pasukannya terus terjerumus ke lembah krisis sepanjang tempoh itu?

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply