Punca Manchester United Tolak Permintaan Lanjutan Pinjaman Sanchez, Smalling

Alexis Sanchez Cris Smalling Manchester United Serie A

Kedua-dua pemain, Alexis Sanchez dan Chris Smalling mungkin boleh memusnahkan harapan Manchester United untuk menjuarai Europa League musim ini.

Sanchez ketika ini dipanjamkan ke Inter Milan, sementara Smalling sedang bermain bersama AS Roma. Kedua-duanya cemerlang di saingan Serie A dan juga Europa League. Kedua-dua kelab sedang cuba untuk melanjutkan pinjaman mereka.

Sanchez cemerlang di Serie A

Awal pagi tadi, Sanchez telah membantu Inter Milan untuk merapatkan kedudukan dan memberi tekanan kepada Juventus dalam perebutan kejuaraan Serie A dengan menjaringkan salah satu gol dalam kemenangan 3-0 Nerazzurri ke atas Genoa.

Dpinjamkan ke Inter Milan pada permulaan musim yang lalu, kontraknya bersama kelab tersebut sepatutnya berakhir pada 30 Jun, namun disebabkan pandemik COVID-19, ianya dilanjutkan sehingga ke penghujung musim Serie A pada 2 Ogos.

Sejak liga kembali bersambung, pemain yang dilepaskan oleh Ole Gunnar Solskjaer atas sebab gaji yang terlalu tinggi dan mahu memberi lebih peluang kepada pemain muda, Mason Greenwood itu menjadi pemain yang sangat berbeza wataknya.

Dalam 11 perlawanan, Sanchez telah terlibat dalam 10 gol iaitu meledak tiga gol dan membuat tujuh bantuan gol. Kecemerlangannya dilihat mungkin menyebabkan Inter Milan berminat untuk meneruskan kontrak pinjamannya bersama mereka.

Roma mahu kekalkan Cris Smalling

Salah seorang lagi pemain yang bukan kegemaran Solskjaer, Chris Smalling pula menyertai AS Roma secara pinjaman sejak permulaan musim lalu selepas dikatakan bukan pilihan utama dan berada di belakang Harry Maguire dan Victor Lindelof.

Solskjaer ketika itu berkata yang aksi secara pinjaman ke Serie A adalah peluang buat Smalling buktikan kemampuannya dan menjadi lebih baik kerana ianya kelab dan liga yang besar. “Tidak banyak pemain Inggeris berpeluang main di sana,”ujarnya.

Pada Mei lalu, difahamkan pengurus AS Roma, Paulo Fonseca mahu mengekalkan Smalling selepas aksi memberansangkan dipamerkan pemain tersebut sejak mula beraksi bersama mereka. Namun, nilai perpindahan menyukarkannya.

“Saya akan melakukan segalanya untuk saya mengekalkan dia di Roma pada musim hadapan.” Beliau turut berkata sikap bagus Smalling iaitu, “Dia telah dipuja oleh para peminat dan menjadikan dirinya sebagai seorang pemimpin di bilik persalinan.”

Risau jadi batu penghalang?

Dengan saingan Serie A akan berakhir pada 2 Ogos, The Red Devils dikatakan tidak lagi akan membenarkan kedua-dua kelab tersebut untuk melanjutkan tempoh pinjaman. Ini kerana, mereka mahu mencari pembeli berpotensi buat kedua-duanya.

Hasil daripada perpindahan Sanchez dan Smalling dikhabarkan akan digunakan untuk menampung kos untuk mendapatkan bintang muda Borussia Dortmund, Jadon Sancho yang sentiasa dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford ketika ini.

Selain itu, Manchester United juga mungkin tidak mahu kedua-dua pemain ini menjadi batu penghalang kepadanya untuk meraih kejuaraan Europa League. Kedua-dua kelab Serie A itu masih bersaing di pusingan 16 terbaik kejohanan tersebut.

AS Roma berkemungkinan menjadi lawan Manchester United di separuh akhir, sementara Inter Milan pula jika berjaya, akan menjadi lawan mereka di pentas akhir. Solskjaer tentunya tidak mahu kecemerlangan mereka memusnahkan harapannya.

Penutup

Jika kembali ke Manchester United, Sanchez dan Smalling tidak dijaminkan tempat dan hanya mahu dijadikan umpan untuk perpindahan. Nilai perpindahan pula dirasakan sukar untuk direalisasikan oleh Inter Milan mahupun AS Roma setakat ini.

Melainkan ada perjanjian dan kata sepakat mampu dicapai, kedua-duanya mungkin akan berjaya kekal di Itali. Namun, dalam masa terdekat ini, Nerazzurri dan Giallorossi mungkin terpaksa beraksi di Europa League tanpa sentuhan mereka berdua.

KREDIT FEATURED IMAGE: DAILY EXPRESS

Baca lagi artikel mengenai Alexis Sanchez dan Chris Smalling:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN