PUMA Singkap Nostalgia Dengan Penghasilan PUMA KING Platinum

PUMA KING Platinum

Syarikat jenama sukan terkenal dunia, PUMA menyingkap nostalgia dengan memberikan penghormatan buat kasut bola paling ikonik sepanjang masa dengan melancarkan PUMA KING Platinum yang baru.

Sebagai rekod, model PUMA KING yang pertama kali dilancarkan adalah pada tahun 1968 dan kali ini jenama dari Jerman itu akan bekerjasama dengan legenda bola sepak, Thierry Henry untuk melahirkan semula kasut klasik ini buat generasi baharu.

PUMA KING telah menjadi pilihan beberapa pemain hebat dalam sejarah bola sepak di seluruh dunia. Hari ini, PUMA meningkatkan kualiti ‘bayangan ikonik’ tersebut dengan input teknikal dan persembahan daripada Henry.’

Berkongsikan pengalamannya berkaitan perkembangan produk tersebut, Henry berkata:

”Saya dapat berkongsikan pengalaman saya sebagai pemain ketika membantu pasukan ‘design’ PUMA dalam proses penambahbaikan PUMA KING yang terkini.”

”Kasut ini mempunyai sejarah lebih 50 tahun dan terkenal kerana penggunaan bahan premium dan gayanya. Kami menerapkan formula yang sama dalam proses mengemas kini kasut ikonik ini, dengan memberi tumpuan kepada prestasi teknikal untuk memenuhi keperluan pemain bola sepak moden.”

PUMA KING Platinum menggunakan reka bentuk model KING yang asal tetapi dikemas kini dengan teknologi prestasi bola sepak terkini.

Ciri-ciri bahagian atas kasut yang lembut atau lebih dikenali sebagai K-Leather dikekalkan dan dipertingkatkan dengan tekstur sentuhan 3D untuk meningkatkan kawalan bola di atas padang.

Kasut ini juga teramat ringan dengan teknologi ‘RAPIDSPRINT’ yang membuatkan kasut ini sebagai model KING paling ringan yang pernah menjejaki padang bola sepak.

PUMA KING Platinum yang baru mula dijual di pasaran sejak 6 Jun yang lalu di PUMA.com dan pengedar bola sepak utama di dunia.

Bagi anda di tanah air, PUMA KING Platinum boleh didapati secara eksklusif di semua cawangan butik sukan Al Ikhsan dan TFC pada harga RM799.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram