Puma Gandingkan Lukaku Dan TheColorGrey Dalam Lagu New Levels

Jenama sukan ternama – Puma telah menjalinkan kolaborasi dengan Lukaku (duta Puma) serta artis terkenal Belgium – TheColorGrey. Kolaborasi mereka akan mengeluarkan trek ‘single’ berjudul New Levels.

Projek ini adalah sebahagian daripada usaha Puma untuk berhubung dengan lebih ramai peminat bola sepak di dalam dan luar padang.

Menurut Puma, mereka berbangga kerana duta mereka – Lukaku telah menjadi salah seorang penyerang berkelas dunia pada usia 25 tahun. Lukaku juga merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Belgium.

Romelu Lukaku: Aku bukan sahaja pandai jaringkan gol, tetapi pandai banyak bahasa!(Photo by Francois Nel/Getty Images)

Lukaku pada masa yang sama merupakan peminat muzik hip-hop. Beliau kerap berkongsi beberapa trek lagu hip-hop di media sosial beliau.

Lukaku telah mencadangan kepada Puma agar memilih rakannya – TheColorGrey untuk berkerjasama dengan mereka di dalam prohek ini. Lukaku dan TheColorGrey meluangkan masa bersama-sama menghasilkan lirik yang menceritakan kehidupan Lukaku ketika kecil – daripada kehidupan di lorong sehinggalah tinggal di ‘istana’.

TheColorGrey berkala: “Rom [lukaku] adalah ‘role model’ kepada anak-anak muda yang datang daripada latar belakang yang sama dengan beliau – dan ingin mencapai cita-cita mereka. Beliau sudah tentunya seorang yang sangat berbakat. Sejak saya mengenali Lukaku, beliau merupakan seorang yang sentiasa bekerja keras untuk mencapai impiannya.”

“Menerusi lagu ini, saya ingin menggariskan tentang nilai-nilai tersebut. Ianya satu pengalaman luar biasa untuk duduk bersama dengan beliau di dalam studio – dan saya sempat menunjukkan kepadanya cara saya bekerja.”

TheColorGrey memberitahu bahawa, beliau sentiasa kagum dengan kesungguhan dan keyakian diri yang ada pada Lukaku. Beliau kerap menjadikan Lukaku sebagai contoh.

“Saya rasa berbangga – akhirnya saya dapat membalas apa yang beliau ‘berikan’ kepada saya dengan mengajarnya ilmu di dalam studio rakama,” tambah TheColorGrey lagi.

Lukaku juga kagum dengan TheColorGrey yang disifatkannya berbeza dengan pemuzik yang lain. Lukaku berkata: “Saya pasti kamu ada seorang rakan yang sentiasa mahu menjadi pemuzik. TheColorGret berbeza dengan orang lain. Beliau ada keunikan tersendiri. Beliau sangat berbakat – tak dapat saya nak ungkapkan dengan kata-kata.”

“Saya gembira Puma menawarkan kami peluang untuk bekerjasama di luar padang. Paling penting, TheColorGrey sangat mengenali saya berbanding dengan orang lain. Beliau tahu asal usul saya – tahu kepayahan yang saya lalui untuk berjaya.”

“Lagu ini lebih penting untuk membakar semangat para anak muda yang mahu mengejar cita-cita istimewa mereka – ketika ibu bapa kita sedang bersusah payah dengan hidup yang serba kekurangan.”

“Saya harap anda semua akan menikmati lagu ini dan ‘follow’ rakan saya ini. Saya percaya ni adalah permulaan untuk beliau.”

Satu usaha yang baik daripada Puma, Lukaku dan TheColorGrey dalam memberikan inspirasi dan motivasi terutama sekali kepada kanak-kanak dan remaja yang mahu mengejar impian mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN