Pulau Pinang Gigih Perkuatkan Pasukan Bagi Hadapi Liga Premier 2018

Pulau Pinang

Sebaik sahaja pasukan Pulau Pinang tersingkir ke saingan Liga Premier pada musim lepas, tidak banyak perkara diketahui mengenai persiapan mereka kecuali penghijrahan beberapa pemain utama seperti Syamer Kutty Abba, Jafri Firdaus Chew, Rafiuddin Roddin, dan K. Reuben.

Lebih parah, Skuad Harimau Kumbang sebelum ini juga telah dikejutkan dengan perletakan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Zairil Khir Johari dan Naib Presiden, Datuk Gary Nair kerana kegagalan membawa pasukan untuk kekal dalam Liga Super musim lepas.

Kekosongan dua jawatan tertinggi dalam persatuan itu juga membuatkan ramai menjangkakan skuad ini seperti terkapai-kapai bagi menghadapi perjuangan musim depan.

Namun, rupa-rupanya pengurusan Pulau Pinang sedang giat berusaha melakukan persiapan dalam senyap dan cukup rapi bagi memastikan mereka bersedia untuk membawa pasukan itu mewarnai cabaran Liga Malaysia musim 2018.

‘Ibarat menarik rambut dalam tepung, tepung tidak berombak rambut tidak putus.’

Mungkin pepatah berkenaan sesuai menggambarkan persiapan Pulau Pinang bagi mengharungi saingan musim baharu Liga Malaysia 2018, kelak.

Dalam diam, skuad Harimau Kumbang sebenarnya sedang meneruskan usaha kembali membentuk pasukan baharu bagi musim 2018 apabila 11 pemain telah mengesahkan kontrak secara rasmi bersama Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP).

Antara pemain tersebut adalah Mohd Faiz Subri, Azrul Ahmad, Azidan Sarudin, Redzuan Suhaidi dan Yong Kuong Yong.

FAP  juga melakukan langkah drastik mengikat beberapa pemain dari skuad Piala Presiden untuk menyarung jersi skuad senior musim depan seperti Amir Qayyum, Nurfais Johari dan Hazrul Hafiz Zulkifly.

Bagi mengantikan kehilangan pemain-pemain utama, Pulau Pinang kini dikabarkan sedang berusaha mendapatkan beberapa pemain berpengalaman seperti Raimi Mat Nor, Fitri Shazwan, Jasazrin Jamaludin, Norhafiz Zamani Misbah dan Mohd Lot Abu Hassan bagi menguatkan cabaran pasukan berkenaan agar mampu menjadi antara pesaing dalam Liga Premier.

Disamping itu, menurut sumber dalaman FAP, mereka juga sedang berusaha berunding bagi mendapatkan tajaan melalui penaja berpotensi dengan kerjasama kerajaan negeri.

Apa pun sudah pasti semua penyokong ternanti-nanti pengumuman kesebelasan sebenar skuad Pulau Pinang musim depan dan pasti penyokong mahu menyaksikan pasukan kesayangan mereka menjadi pesaing hebat dalam saingan Liga Premier musim 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN