PSG Umum Lanjutan Kontrak Neymar Sehingga 2025

Neymar PSG

Teka teki masa depan Neymar bersama Paris Saint-Germain (PSG) akhirnya terungkai selepas kelab Perancis tersebut mengumumkan pemain bintang itu telah menandatangani kontrak baharu sehinga 2025.

Penyarang Brazil itu yang dibeli dari Barcelona pada 2017 masih kekal sebagai pemain termahal dunia apabila PSG membayar nilai perpindahan sebanyak €222 juta (RM1.11 bilion).

Perkembangan tersebut agak mengejutkan selepas Neymar kerap kali dikaitkan dengan penghijrahan ke kelab lain bersama seorang lagi pemain bintang iaitu Kylian Mbappe.

Malah kelab tersebut baru sahaja tersingkir di peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas tewas 4-1 kepada Manchester City secara agregat dan bergelut untuk menjuarai Ligue 1 pada musim ini.

“Saya sangat gembira, gembira dapat melanjutkan kontrak bersama Paris,” ujar pemain berusia 29 tahun itu kepada laman web rasmi kelab.

“Sejujurnya saya sangat gembira dapat kekal di sini selama bertahun-bertahun, terlibatkan dengan projek kelab, memenangi banyak gelaran di sini dan berusaha untuk merealisasikan impian terbesar kami iaitu menjuarai UCL.

“Oleh itu saya sangat gembira dapat kekal di kelab ini, menjadi sebahagian daripada sejarahnya dan melanjurkan kontrak saya di sini.”

Difahamkan Neymar telah diberikan kontrak lumayan yang dianggarkan €30 juta (RM150 juta) termasuk bonus jika PSG berjaya meraih kejuaraan Eropah pertamanya.

Neymar sebelum ini pernah mendesak untuk meninggalkan PSG dan kembali ke Barcelona pada 2019, namun pemain berkenaan akhirnya mengambil keputusan untuk terus kekal di Parc des Princes.

“Dalam tempoh empat tahun ini, saya telah banyak berubah, banyak yang saya belajar, Banyak perkara yang telah saya lalui dini sini,” katanya lagi.

“Kami berjuang, ada kalanya berdepan dengan saat menyedihkan, tetapi evolusi kelab ini sangat hebat. Saya gembira dan bangga menjadi sebahagian daripada sejarah PSG.”

Dengan perkembangan terbaharu ini. PSG kini perlu menumpukan perhatiannya kepada Mbappe yang hanya mempunyai baki kontrak sehingga musim panas 2022.

Pemenang Piala Dunia 2018 itu dilaporkan sedang diburu oleh Real Madrid dan beberapa kelab gergasi Eropah yang lain.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

Klopp Anggap Penyokong Man Utd Melampau Dan Menyusahkan

Selepas Salah, Kini Riyad Mahrez Pula Jadi Ikon Kebanggaan Muslim Di Seluruh Dunia

‘Jiwa Saya Hanya Untuk Ajax dan United’ – Van Der Sar Sedia Ganti Ed Woodward

 

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply