PSG Tidak Mahu Melayan Sebarang Bidaan Untuk Kylian Mbappe

Mbappe

Paris Saint-Germain dikatakan tidak mahu melayan sebarang pertanyaan ataupun bidaan daripada kelab lain untuk mendapatkan khidmat Kylian Mbappe.

Pemain berusia 21 tahun itu sekali lagi dikaitkan dengan Real Madrid. Ianya selepas Mbappe dilihat bertikam lidah dengan Thomas Tuchel sebelum ini.

Real Madrid sudah lama mahukan Mbappe. Namun usaha itu sukar kerana tanda harga pemain itu yang terlalu mahal.

Dengan kontrak Mbappe yang semakin menuju ke tahun-tahun akhir, Real Madrid berharap ia akan dapat membantu mereka mendapatkan harga yang lebih murah.

Real Madrid bergelut untuk mencari bakat penyerang untuk menggantikan Cristiano Ronaldo  – dengan seorang pemain yang konsisten.

Kylian Mbappe dianggap pilihan terbaik berdasarkan kualiti, potensi dan juga konsistensi beliau.

PSG menegaskan, Kylian Mbappe bukan untuk dijual. Malah PSG berkata lagi, mereka lebih sanggup melihat pemain itu bermain sehingga tamat kontrak di PSG berbanding dengan menjualnya?

Adakah PSG benar – benar memaksudkannya? PSG sebelum ini membeli Kylian Mbappe daripada AS Monaco dengan perpindahan €180 juta.

Kontrak semasa Kylian Mbappe akan berakhir pada 2022 akan datang. Dan beliau masih berteka teki dengan masa depan beliau.

Selain daripada Mbappe, PSG turut berusaha untuk meyakinkan Neymar agar terus kekal bersama mereka.

Beberapa hari lalu, pengarah sukan Barcelona, Eric Abidal dengan terbuka menyatakan beliau pasti bangga jika dapat membawa masuk Neymar kembali ke Barcelona.

Neymar dan Mbappe merupakan gandingan yang sangat menjadi di PSG. Mereka berdua memiliki musim yang cemerlang sekali lagi, musim ini.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram