PSG Tawar Kepakaran Kepada Barcelona Cara Mendapatkan Neymar Tanpa Sangkut Dengan FFP

PSG dilaporkan memberikan Neymar dan Barcelona sehingga 10 Ogos ini untuk memuktamadkan perjanjian.

Buat masa ini, Barcelona sudah berbelanja besar mendapatkan pemain seperti Antoine Griezmann, Neto dan Frenkie de Jong.

Situasi Neymar di PSG tiba-tiba menjadi perhatian dan Barcelona dikaitkan dengan kepulangan pemain itu. Malang sekali ketika Neymar menyatakan beliau mahu pulang ke Barcelona, ketika itu Barca sudah mengikat Griezmann – secara tidak rasmi.

Neymar tidak sehaluan dengan pemilik PSG selepas saling bertikam lidah menerusi kenyataan media sebelum ini.

Dengan pembelian besar oleh Barcelona itu, Bartomeu sebelum ini menyatakan agak mustahil untuk mereka mendapatkan Neymar. Bartomeu juga percaya Dembele adalah pilihan lebih baik untuk Barcelona berdasarkan situasi semasa.

Walaubagaimanapun, kini PSG memberikan talian hayat kepada Neymar dan Barcelona. Menurut laporan Mundo Deportivo, PSG sedia melepaskan Neymar dengan kaedah pinjaman dengan tanggungawab untuk perpindahan tetap.

Ini bermakna Barcelona tidak perlu bingung dengan perbelanjaan besar pada akaun tahun semasa. Barcelona sebelum ini risau dengan Financial Fair Play (FFP) jika mereka mendapatkan Neymar. Bahkan ketika ini mereka masih tawar-menawar untuk mendapatkan Junior Firpo.

2 tahun lalu, PSG pernah melakukan cara yang sama ketika mereka membeli Neymar dan kemudian mendapatkan Mbappe secara pinjaman. Langkah ini berjaya membuatkan mereka mengelak daripada melanggar syarat FFP.

Perez

PSG terbuka untuk membentangkan prosedur yang mereka lakukan sebelum ini kepada Barcelona. Mereka berharap perpindahan itu dilakukan sebelum 12 Ogos – paling lewat. Jika tidak, PSG terpaksa mendaftarkan Neymar ke dalam pasukan untuk skuad musim 2019/20.

Namun begitu, Barcelona perlu bersetuju dengan komitmen membayar €300 juta harga keseluruhan pemain itu.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram