PSG Sasarkan Richarlison Sebagai Pengganti Mbappe

Richarlison

Kelab Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) kini sedang berkira-kira akan kehilangan pemain mereka iaitu Kylian Mbappe yang jelas mahu meninggalkan pasukan itu.

Mbappe yang jelas sekali mempunyai niat untuk meninggalkan kelab itu sejak Lionel Messi tiba di Paris melakukan segala macam cara yang beliau mampu untuk keluar.

Hal ini termasuklah dengan menangguhkan dahulu perbincangan mengenai kontrak baharu dengan PSG.

Terkini, sebuah kelab Premier League yang tidak dinyatakan namanya telah melakukan bidaan rasmi terhadap Mbappe.

Laporan Eurosport mendapati, kelab yang tidak dinamakan itu telah melakukan bidaan rasmi untuk membawa Mbappe keluar namun nilai yang ditawarkan belum dinyatakan.

Jika hendak meneka, Manchester United, Manchester City dan Liverpool adalah nama-nama yang boleh dikaitkan.

Sebelum ini, Real Madrid dikaitkan dengan perpindahan Mbappe namun begitu sehingga kini masih tiada sebarang tawaran rasmi dilakukan oleh kelab Sepanyol itu terhadap beliau.

Memandangkan bidaan telah pun diterima, PSG mula mencari jalan penyelesaian untuk mendapatkan pengganti Mbappe.

Dan nama tersebut adalah Richarlison.

Pemain Everton itu dikatakan bakal menjadi pengganti Mbappe dan ianya adalah gantian yang agak baik untuk mengambil tempat yang bakal ditinggalkan Mbappe.

Setakat ini tiada lagi perkhabaran dari kem Everton mengenai Richarlison. Namun jika dilihat diatas kertas, Richarlison pastinya mahu ke PSG.

Potensi untuk bermain dengan Messi serta rakan senegara Neymar dan bintang-bintang dunia yang lain pastinya tidak mahu dilepaskan beliau yang baru saja memperoleh pingat emas dalam acara bola sepak di Sukan Olimpik 2020.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN