PSG ‘Sambar’ Idrissa Gueye Dari Everton Dengan Nilai Perpindahan £28 Juta

Gueye

Gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) membawa masuk tenaga baharu ke dalam pasukan selepas merekrut pemain tengah Everton, Idrissa Gana Gueye dengan yuran perpindahan bernilai £28 Juta.

Gueye dan PSG memeterai perjanjian selama empat tahun (sehingga 30 Jun 2023) dan beliau menjadi pemain kelahiran Senegal kelapan yang beraksi untuk kelab tersebut.

Gueye, 29 tahun merupakan antara tonggak utama Everton sejak tiga musim lalu selepas berhijrah daripada Aston Villa ke kelab Merseyside tersebut.

Ternyata keputusan yang diambil berhijrah ke Paris Saint-Germain menjadi langkah terbesar dalam karier bola sepak beliau.

Mengulas mengenai perpindahannya, Gueye nyata cukup berbangga dapat menyarung jersi kelab ternama Eropah itu.

”Saya sangat berbangga dapat menandatangani kontrak bersama Paris Saint-Germain.”

”Selepas memberikan fokus kepada saingan AFCON bersama Senegal, saya ingin memberikan rangsangan baharu terhadap karier saya dengan menyertai Paris Saint-Germain, salah satu projek sukan yang paling berstruktur dan bercita-cita di Eropah.”

”Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada pengarah, jurulatih dan kakitangannya kerana keyakinan yang diberikan terhadap saya.”

”Saya akan melakukan segalanya untuk membalas kepercayaan yang telah mereka berikan terhadap saya dan masuk ke dalam skuad berbakat ini.”

Kredit foto: Paris Saint-Germain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram