PSG Sahkan Neymar Terpaksa Berehat Selama 4 Minggu Akibat Kecederaan

Paris Saint-Germain (PSG) mengesahkan Neymar terpaksa menjalani disisihkan selama empat minggu selepas mengalami kecederaan bersama Brazil.

Penyerang berusia 27 tahun itu mengalami kecederaan pada minit ke-20 perlawanan, dalam satu perlawanan persahabatan menentang Qatar – sebagai persiapan akhir menjelang kejohanan Copa America 2019.

Kecederaan tersebut memaksa Tite mengugurkan Neymar daripada skuad, sebelum digantikan oleh penyerang Chelsea, Willian. Brazil adalah tuan rumah kejohanan untuk edisi kali ini.

Selepas melakukan pemeriksaan susulan terhadap Neymar, PSG mengeluarkan satu kenyataan mengenai tahap kecederaan pemain tersebut.

“Dua doktor telah melakukan pemeriksaan pada bahagian ligamen buku lali [Neymar] yang cedera, namun tidak memerlukan sebarang pembedahan,” ujar kenyataan tersebut.

PSG turut mengesahkan rawatan adalah bergantung kepada proses pemulihan yang dilalui dan pemain itu dijangka akan kembali selepas empat minggu.

Kempen Brazil di Copa America akan bermula dengan pelawanan menentang Bolivia pada 14 Jun. Kali terakhir Brazil bergelar juara kejohanan ini adalah pada 2007. Perlawanan akhir edisi kali ini akan berlangsung pada 7 Julai di Stadium Maracana, Rio de Janerio.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram