PSG: Neymar Ponteng Hari Pertama Latihan Pra-Musim, Tindakan Akan Diambil

Neymar

PSG mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan ketidakhadiran Neymar ke latihan pra musim – untuk hari pertama.

PSG menetapkan bahawa semua pemain harus melapor diri ke kem pra musim pada 8 Julai 2019 – kecuali pemain yang terlibat dengan tugasan antarabangsa.

Beberapa pemain bintang PSG kembali seperti biasa untuk memulakan pemeriksaan rapi selepas bercuti panjang.

Malang sekali, Neymar tidak berbuat demikian. Perkara itu dipandang serius oleh PSG yang terus menghebahkan kepada umum akan masalah itu.

PSG dalam kenyataan mereka: “Pada Isnin 8 Julai, Neymar da Silva Santos Junior sepatutnya meneruskan aktiviti dengan rakan profesinal beliau di PSG.”

“Namun Paris Saint-Germain mendapati Neymar Jr. tidak menghadirkan dirinya mengikut tempat dan masa yang telah dipersetujui, dan ketidakhadiran ini tanpa kuasa/kebenaran yang diberikan oleh kelab.”

“Paris Saint-Germain akan cuba menyelesaikan masalah ini serta mengambil tindakan yang setimpal dengannya.”

Neymar beberapa minggu lalu menyatakan beliau sudah tiada hati untuk bermain dengan PSG dan mahu kembali ke ‘rumahnya’ – merujuk kepada Barcelona.

Neymar kecewa dengan kenyataan panas oleh Presiden Kelab – Nasser Al Khelaifi yang tidak mahu ada pemain diva di dalam kelab – sindiran terus kepada Neymar.

Nasser kemudian mejelaskan: “Tiada siapa yang menyuruh ataupun memaksa Neymar datang ke sini. Beliau datang ke sini kerana mahu menjadi sebahagian daripada projek kami, dan kerana beliau faham apa peranan beliau dalam projek kami.”

Nasser seterusnya memberikan jaminan 200% Kylian Mbappe akan kekal, dan beliau mencabar Neymar untuk datang bertemu dengan beliau jika ‘terlupa’ akan peranan beliau di dalam kelab.

Beberapa hari yang lalu, Presiden Barcelona, Josep Bartomeu juga mengakui mereka tahu Neymar mahu keluar dari PSG, namun mereka juga mendapat tahu bahawa PSG tidak mahu menjual pemain itu.

Neymar sepatutnya melapor diri dengan segera kerana tidak terlibat dalam tugasan antarabangsa Copa America – terutama sekali beliau perlu menjalani rehabilitasi kerana kecederaan.

Adakah Neymar akan buat hal sekali lagi? Seperti mana ketika beliau mendesak Barcelona melepaskan beliau ke PSG satu ketika dahulu?

Fox Brazil menyatakan bahawa pemain itu sudah memaklumkan PSG bahawa beliau hanya akan kembali ke PSG selepas 15 Julai.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN