PSG Jumpa Bapa Neymar Bincang Hal Perpindahan, Persetujuan Lisan Telah Dilakukan

Paris-Saint Germain (PSG) dikatakan mula melakukan langkah bagi mendapatkan bintang Barcelona iaitu Neymar.

Menurut laporan di Perancis, pengurus PSG iaitu Unai Emery mendedahkan yang kelabnya itu dalam usaha untuk menjadi salah satu pasukan yang dominan di Eropah.

Caranya adalah dengan membawa masuk pemain-pemain terbaik di Eropah.

“Untuk terus bersaing dengan pasukan-pasukan seperti Bayern Munich, Real Madrid dan Barcelona, kita perlu dapatkan 5 pemain terbaik di Eropah.”

“Kami mahu dapatkan pemain terbaik di Eropah di kelab yang terbaik Eropah.”

Sebelum ini kami ada mendedahkan yang PSG bersedia untuk membayar klausa perlepasan dalam kontrak Neymar sebanyak €222 juta.

Mereka juga bersedia untuk membayar gaji sebanyak £596 ribu seminggu dengan kontrak selama 5 tahun.

PSG juga dikatakan telah memulakan perbincangan untuk mendapatkan Neymar dengan kelab tersebut sudah mula mendekati bapa pemain itu untuk berbincang mengenai kemungkinan tersebut.

Bapa Neymar dikatakan mahukan hak publisiti terhadap anaknya sebanyak 100% dengan ketika ini, persetujuan lisan sudah pun dilakukan.

Itu cerita di pihak PSG, di pihak Barcelona mereka menganggap yang berlaku ini hanyalah wayang semata-mata.

Bagi bekas presiden Barcelona iaitu Joan Gaspart, tindakan PSG ini adalah tidak lain adalah kerana ingin membalas semula tindakan Barcelona yang cuba untuk mendapatkan Marco Verratti dari mereka.

“Neymar tak akan tinggalkan Barcelona.”

“Apa yang berlaku sekarang ini adalah tidak lebih daripada serangan balas PSG selepas Barcelona cuba mengganggu mereka dengan mendapatkan Verratti.”

Sumber:

  1. Fox Sports (2017): Neymar transfer news: Barcelona to PSG, Marco Verratti, Alexis Sanchez, Kylian Mbappe, Dani Alves; https://www.foxsports.com.au/football/la-liga/neymar-transfer-news-barcelona-to-psg-marco-verratti-alexis-sanchez-kylian-mbappe-dani-alves/news-story/c355dae3336ab1a857fb4c8ab6abffc0
  2. Globo Esporte (2017): Neymar balança com proposta do PSG, e Barça tenta demovê-lo da ideia; http://globoesporte.globo.com/futebol/futebol-internacional/noticia/neymar-balanca-com-proposta-do-psg-e-barca-tenta-demove-lo-da-ideia.ghtml
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram