PSG Julang Piala Super Perancis, Mbappe Keluarkan Neymar Daripada Sesi Fotografi ?

PSG memulakan kempen 2019/20 dengan langkah kanan sekali lagi dengan kemenangan dalam piala Super Perancis.

Pasukan mewah tersebut mengukuhkan nama mereka dalam peringkat domestik apabila menjulang piala tersebut untuk kali ketujuh berturut-turut.

PSG bangkit daripada ketinggalan 1 gol ketika berhadapan dengan Rennes.

Adrien Hunou meletakkan Rennes di hadapan pada separuh masa pertama meskipun pasukan PSG lebih dominan.

Pada separuh masa kedua Kylian Mbappe menyamakan kedudukan. Dan selepas itu pemain gantian Angel Di Maria menjadi wira pasukannya dengan gol kemenangan menerusi sepakan percuma yang sangat cantik.

Gol kemenangan itu terhasil ketika perlawanan berbaki 17 minit lagi.

Kejayaan PSG menjuarai Piala Super Perancis sebanyak 7 kali berturut-turut ini telah mengatasi rekod kejuaraan 6 kali berturut-turut oleh Lyon sebelum ini.

Ini juga merupakan kejayaan ke+9 oleh PSG dalam sejarah Piala Super Perancis.

Walaubagaimanapun berlaku satu insiden yang menarik perhatian media, ketika sesi fotografi dengan piala. Bintang muda PSG iaitu Kylian Mbappe telah menolak Neymar keluar daripada kawasan mengambil gambar. Tidak dapat dipastikan apa sebabnya.

Tidak lama selepas itu Marco Verrati menarik tangan Neymar untuk bersama-sama menyertai keraian piala.

Neymar digantung 3 perlawanan selepas menyerang penyokong pada musim lalu. Pemain itu juga, sebelum ini, dengan terbuka menyatakan bahawa beliau ingin keluar dari PSG.

Sebelum sepak mula Piala Super Perancis, Kylian Mbappe menyatakan bahawa beliau mahu melihat Neymar terus kekal bersama PSG pada musim ini.

https://twitter.com/FutbolBible/status/1157658150117498880?s=19

Walaubagaimanapun, Neymar memuat naik gambar ini di IG Story beliau.

Apa pun tahniah kepada PSG di atas kejayaan pertama mereka pada musim baru ini.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram