PSG Hantar Surat Berisi 7 Kesalahan Pengadil Ketika Perlawanan FCB-PSG Kepada UEFA

Pihak Paris Saint-Germain (PSG) telah menghantar surat kepada pihak UEFA mengenai ketidakpuasan hati mereka mengenai insiden mengenai kesilapan pengadil ketika menentang Barcelona tempoh hari.

Ketika itu, Barcelona menang 6-1 untuk mencipta kebangkitan yang digambarkan antara yang terbaik dalam sejarah.

Namun dalam detik bersejarah itu, ia diselubungi insiden-insiden kontroversi ketika perlawanan itu akibat kesilapan pengadil.

Senarai kesalahan

Pihak PSG telah menulis serta memberikan senarai kesalahan yang dilakukan oleh pengadil ketika perlawanan itu.

Menurut MARCA, mereka telah menyenaraikan beberapa kesalahan yang dilakukan oleh pengadil perlawanan ketika itu. Berikut merupakan senarainya:

1) Bola terkena tangan pemain bola

Ketika Julian Draxler hendak menghantar bola kepada rakan sepasukan, bola terkena tangan Javier Mascherano dan pengadil Deniz Aytekin tidak memberikan sebarang hukuman.

Hal ini boleh diperdebatkan kerana bola itu terkena tangan Mascherano secara tidak sengaja.

2) Kad kuning kedua untuk Pique

Gerard Pique terlepas dari terkena kad kuning kedua selepas pengadil menarik baju Edison Cavani.

Situasi itu menjadi kontroversi selepas kerana Pique merupakan pertahanan terakhir ketika itu.

3) Kaki Marquinhos

Ketika jaringan sudah memasuki 3-1, Neymar telah ‘kantoi’ kerana memijak kaki PSG, Maquinhos.

Namun begitu, Neymar terlepas dari hukuman pengadil.

4) Bola terkena tangan Pique

Ketika minit ke-78, bola terkena tangan Gerard Pique dan pengadil nyata tidak memberikan apa-apa tindakan.

5) Penalti Neymar

Kontroversi terhangat berlaku apabila Neymar memperoleh penalti apabila Thomas Meunier tergelincir dalam kotak penalti dan kemudiannya Neymar pergi kepadanya.

PSG merasakan Neymar sengaja pergi ke arah Meunier untuk mendapatkan sentuhan supaya penalti diberikan.

6) Siri Suarez jatuh 2 kali

Suarez dikatakan melakukan 2 kali simulasi di dalam perlawanan tersebut.

Pertama adalah ketika Marco Verrati melakukan sedikit sentuhan terhadap Suarez lalu pemain Uruguay itu terus merebahkan badannya.

Kedua adalah ketika Suarez jatuh dalam kotak penalti dengan Marquinhos dibelakang beliau.

Suarez menjatuhkan diri di dalam kotak penalti lalu pengadil memberikan sepakan penalti yang membolehkan Barcelona menjaringkan gol ke-5 mereka.

7) Masherano menjatuhkan Di Maria

PSG merasakan diri mereka dirompak selepas Di Maria dijatuhkan dalam kotak penalti ketika situasi 1 lawan 1 apabila beliau dijatuhkan oleh Javier Mascherano.

Selepas dijatuhkan, pengadil langsung tidak memberikan sepakan penalti kepada PSG.

https://www.youtube.com/watch?v=o46mecukYkE

Baca juga: Jadual UCL Dan Ujian Bertembung, Kai Havertz Terpaksa Lupakan Bola Dahulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram