PSG Disyaki Berikan Jumlah Tajaan Tak Tepat, Bakal Berdepan Salah Laku FFP

Pasukan yang berbelanja besar Paris St. Germain (PSG) kini  sedang berhadapan dengan risiko tindakan oleh UEFA kerana salah laku FFP (Financial Fair Play). Ini selepas laporan awal menunjukkan nilai penajaan €200 juta yang mereka bentangkan sebelum ini adalah tidak tepat.

Angka tersebut dikatakan dinyatakan berlebihan untuk memastikan PSG tidak terkena salah laku oleh regulasi FFP selepas berbelanja besar terutama sekali membeli Neymar dan Kylian Mbappe.

PARIS FRANCE – JANUARY 17: Kylian Mbappe of PSG celebrates his goal between Neymar Jr and Edinson Cavani during the French Ligue 1 match between Paris Saint Germain (PSG) and Dijon FCO at Parc des Princes stadium on January 17, 2018 in Paris, France. (Photo by Jean Catuffe/Getty Images)

UEFA kini masih mencari penjelasan daripada PSG tentang dari mana sumber duit mereka untuk membeli Neymar dan Kylian Mbappe.

Sekiranya PSG gagal dalam piawaian FFP, mereka berhadapan risiko digantung daripada menyertai pertandingan elit antara kelab UCL.

Bulan lalu, UEFA telah melancarkan siasatan rasmi ke atas PSG selepas mereka membayar €222 juta kepada Barcelona untuk membeli Neymar dan potensi €200 juta untuk membeli Kylian Mbappe dari Monaco.

Pada pra-musim ini, Presiden La Liga, Javier Tebas menyatakan, adalah mustahil untuk PSG tak terkena salah laku FFP jika mereka mebayar klausa perpihdahan Neymar.

“Mereka bayar sahaja jumlah itu, terus secara langsung mereka melanggar FFP.”

Tebas juga pernah menuduh UEFA Sebenarnya Tidak Pernah Menyiasat PSG Dan Man. City Untuk Isu FFP. Hal itu dinafikan UEFA dan mereka meminta Tebas jangan tuduh melulu.

Eksekutif kewangan UEFA melabel tindakan PSG adalah salah laku kewangan (financial doping) dalam usaha mereka mengejar piala terutama sekali UCL jika benar mereka menyembunyikan angka sebenar kewangan mereka.

Salah seorang pegawai UEFA yang terlibat dalam siasatan itu, tidak mahu namanya didedahkan berkata:

“Persoalan paling besar sekarang, dengan jelas, adakah UEFA akan cukup berani untuk menguatkuasakan perundangan mereka. Jika ianya tidak melibatkan PSG, mungkin tiada siapa yang kisah.”

Pendedahan UEFA menyatakan, angka yang dibayar oleh PSG kepada Monaco untuk Mbappe bukannya maksimum mencecah €185 seperti yang dinyatakan tepai mencecah €200 juta.

Sumber wang dari mana?

UEFA kini sedang menyiasat sama ada PSG yang dibeli oleh Qatar Sports Investment pada 2012 adalah pasukan yang menggunakan wang kerajaan Qatar menerusi syarikat milik Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.

Ini bukan pertama kali PSG telah menjadi perhatian oleh UEFA berkaitan dengan FFP. Pada 2014, PSG telah didenda €60 juta (ditolak daripada hadiah wang kejohanan UCL) kerana melanggar FFP.

UEFA juga dilaporkan melantik firma penasihat sukan bebas, Octagon untuk menyiasat kes yang melibatkan PSG kali ini. Octagon akan menyiasat dari mana sebenarnya sumber wang mereka.

Beberapa kontrak penajaan juga dalam siasatan termasuk Qatar National Bank, BeIn Sports, dan Qatar Tourism Authority. Akbhbar Financial Times cuba menghubungi penaja-penaja tersebut namun mereka tidak mahu memberikan komen.

UEFA mahu Octagon menjelaskan jumlah sebenar penajaan, dan adakah penajaan tersebut munasabah dengan nilai pasaran semasa.

Financial Times menghubungi beberapa orang yang terlibat dengan siasatan itu dan mereka menyatakan kebanyakan nilai kontrak dinyatakan lebih daripada jumlah tajaan sebenar. Jadi persoalannya kini, dari mana duit lebihan itu datang?

METZ, FRANCE – SEPTEMBER 08: Lucas Moura of Paris Saint-Germain Football Club or PSG celebrates scoring a goal with Neymar Jr during the Ligue 1 match between Metz and Paris Saint Germain or PSG held at Stade Saint-Symphorien on September 8, 2017 in Metz, France. (Photo by Dean Mouhtaropoulos/Getty Images)

UEFA dan PSG sudah sedia

UEFA akan bermesyuarat pada minggu hadapan untuk menilai laporan daripada Octagon. PSG juga sudah berkira-kira untuk bertemu dengan UEFA dan sudah bersedia untuk menjawab apa sahaja persoalan daripada UEFA.

PSG menyatakan nilai tajaan mereka meningkat mendadak kerana kemasukan Neymar. Tetapi angka itu masih perlu dijelaskan (justified).

(Photo credit should read PHILIPPE LOPEZ/AFP/Getty Images)

Mereka cuba untuk menyatakan kelab mereka mendapat tajaan yang tinggi untuk memastikan kerugian mereka kurang daripada €30 juta lebih daripada 3 musim.

Dipercayai, dalam laporan terbaru oleh Octagon, nilai terkumpul perpindahan Neymar dan Mbappe lebih €400 juta. PSG membayar €40 juta untuk gaji 2 pemain ini dalam kontrak mereka yang lebih 5 tahun.

Ada klausa khas yang membuatkan Mbappe akan bernilai €200 juta iaitu apabila PSG menjadi juara Ligue 1. Dan nampaknya, ia bukan masalah besar untuk PSG buat masa ini.

UEFA akan membentangkan hasil siasatan mereka pada akhir Jun ini dan ketika itu PSG akan mendapat dana baru yang masuk daripada butiran seperti tajaan, wang pertandingan dan sebagainya.

Sumber di Perancis menyatakan, PSG dalam proses untuk memuktamadkan satu lagi perjanjian mega dengan sebuah syarikat besar di luar Qatar.

PSG dalam kenyataan mereka sebelum ini telah menghentam media di British yang didakwa melaporkan berita palsu.

“Kelab ini telah dipantau secara rapi oleh UEFA untuk 4 tahun selepas pernjanjian 2 pihak pada 2014. Kesannnya, UEFA dengan jelas dan transparen dapat melihat status kewangan kami yang menyaksikan pertumbuhan memberangsangkan dengan kontrak kami dan rakan-rakan kami.”

“PSG akan terus berhubung dengan UEFA dan kelab akan terus kekal transparens sepenuhnya pada 20 April ini.”

Namun begitu, pihak UEFA enggan memberikan sebarang komen untuk kenyataan PSG itu kerana mereka masih dalam siasatan.

Apa itu FFP?

Satu peraturan diwujudkan pada 2011 untuk mengawal perbelanjaan kelab daripada melampau.

 

Apa peraturan asas?

Setiap kelab perlu mengimbangi (break even) kewangan mereka pada penyata kewangan dan  tidak boleh rugi lebih €30 juta untuk lebih 3 musim.

Siapa yang menguatkuasa?

UEFA ada satu badan khas digelar Financial Control Body yang akan memantau dan bertanggungawab memeriksa dan mengaudit dokumen setiap kelab agar mengikuti piawaian FFP.

Apa akan jadi jika FFP dilanggar?

Hukuman berbeza berdasarkan darjah kesalahan. Ada yang dikenakan denda, dipotong wang penyertaan/hadiah kejuaraan, dan hukuman paling berat adalah digantung daripada bermain dalam kejohanan anjuran UEFA seperti UCL dan UEL.

Anda boleh baca artikel kami: Financial Fair Play, 11 Perkara Asas Yang Anda Perlu Tahu

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN