PSG Mahu Jadikan De Gea Penjaga Gol Berpendapatan Tertinggi

Paris St-Germain (PSG) dikatakan masuk ke dalam persaingan untuk mendapatkan David De Gea daripada Man. United. Sebelum ini laporan di Itali mendedahkan bahawa Juventus juga dalam pertimbangan untuk mendapatkan penjaga gol sensasi Manchester United dan Sepanyol itu.

Namun selepas itu, Juventus kelihatan gembira dengan prestasi semasa ditunjukkan oleh Wojciech Szczesny. Oleh itu, PSG dilihat sebagai calon paling utama yang akan mampu menarik De Gea keluar daripada Man. United.

PSG mendapat tahu bahawa De Gea masih tidak menandatangani sebarang kontrak lanjutan di Old Trafford. Beliau dikatakan masih dalam pertimbangan dan meminta pengurusan Man. United memberikan beliau sedikit masa.

Rakan sepasukan De Gea – Ander Herrera – yakin penjaga gol itu akan kekal di Old Trafford kerana faktor penyokong. De Gea menjadi antara pemain kesayangan peminat Man. United.

SOCHI, RUSSIA – JUNE 15: David De Gea of Spain looks on during the 2018 FIFA World Cup Russia group B match between Portugal and Spain at Fisht Stadium on June 15, 2018 in Sochi, Russia. (Photo by Matthew Ashton – AMA/Getty Images)

PSG serius dalam usaha mendapatkan De Gea dengan menawarkan pakej gaji lumayan sekitar £300,000 seminggu meskipun kelab itu kini masih ditekan ramai pihak berkaitan dengan Financial Fair Play.

Oleh itu, De Gea dijangka akan mendapat pakej gaji sekitar £15.5 juta setahun. Jika beliau setuju dengan tawaran kontrak 4 tahun oleh PSG, De Gea boleh mendapat lebih £60 juta secara keseluruhannya.

Jose Mourinho sebelum ini pernah menyatakan De Gea sebagai pemain penting mereka. Oleh sebab itu beliau tidak mahu melepaskan De Gea ke kelab lain terutama sekali Real Madrid. Selepas itu, Real Madrid mendapatkan Thibaut Courtois, dan sudah pastinya ia berita melegakan Mourinho dan penyokong Man. United.

Namun kini De Gea cuba dipancing oleh PSG dengan pakej yang dianggap sukar untuk ditolak. Man. United awal musim ini bergelut untuk menempatkan diri mereka dalam kelompok 4 teratas. Namun buat masa ini, pihak De Gea tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka meletakkan UCL sebagai antara pertimbangan kontrak.

David De Gea dianggap salah seorang penjaga gol terbaik dunia ketika ini. Beliau memulakan karier di Man. United dengan agak gementar. Namun selepas itu beliau membangun menjadi bakat elit dalam bola sepak.Ia menepati ramalan beliau sebagai salah seorang prospek dalam bola sepak ketika bermain untuk Atletico.

Pada 2015 beliau dilaporkan sangat dekat untuk menyertai Real Madrid. Namun masalah mesin faks membuatkan transaksi itu gagal dimuktamadkan. Beliau sudah memenangi EPL, Piala FA, Piala Liga dan Europa League bersama dengan Man. United.

PSG menandatangani penjaga gol veteran Gianluigi Buffon pada awal musim ini. Namun beliau bukan dalam perancangan jangka panjang kelab itu. PSG dijangka akan menawarkan pra kontrak kepada De Gea pada Januari akan datang.

Nama De Gea dianggap penting untuk PSG menaikkan lagi kualiti dan populariti kelab mereka selepas memiliki beberapa nama besar seperti Kylian Mbappe, Neymar dan Edinson Cavani.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN