PSG Membuat Rayuan Kepada CAS Untuk Hentikan Siasatan Semula FFP

Paris St. Germain (PSG) telah membuat rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) untuk menghentikan Uefa daripada melakukan siasatan semula ke atas mereka berkaitan dengan Financial Fair Play (FFP). Sekaligus untuk mengekalkan keputusan siasatan sebelumnya – yang mendapati PSG tidak bersalah.

Uefa menyatakan mereka akan membuka semula siasatan ke atas PSG pada Julai lalu – siasatan bakal dilakukan pada September. Ini selepas Uefa mendapat desakan ramai pihak berikutan keputusan mereka mengumumkan bahawa PSG bersih daripada salah laku FFP – sebelum itu.

Siasatan semula kes itu telah dibuka semula oleh Uefa pada September 2018.  FFP menetapkan agar kelab tidak berbelanja melebihi pendapatan mereka. Pada 2014, PSG pernah dijatuhkan hukuman – beraksi hanya 21 pemain dalam UCL.

Hal ini selepas Uefa mendapati ada kesalahan berkaitan dengan tajaan daripada Qatar Tourism yang mereka terima sejak 2011. Walaupun sudah dikenakan hukuman itu pada Ogos 2017, mereka menggandakan perbelanjaan kelab mereka dengan mendapatkan Neymar.

PSG menandatangani Neymar pada 2017 dengan rekod dunia €222 juta. Seterusnya mereka mendapatkan Kylian Mbappe dengan nilai €180 juta. Untuk perjanjian Mbappe – PSG meminjam dahulu pemain itu pada 2017 untuk membolehkan mereka mengelak membayar Mbappe dan Neymar pada tahun kewangan yang sama.

(Photo by Xavier Laine/Getty Images)

PSG kemudian hanya mampu mendapatkan sekitar €50 juata daripada penjualan pemain mereka termasuk Javier Pastore, Yuri Berchiche, Odsonne Eduoard dan Jonathan Ikone. PSG berhadapan dengan masalah mahu menjual pemain mereka pada harga tinggi kerana banyak kelab cuba memanipulasi keadaan mereka.

Beberapa pakar pemerhati bola sepak di Eropah merasakan PSG perlu menjual pemain seperti Neymar ataupun Mbappe untuk mengelakkan kelab mereka daripada kesalahan FFP. Oleh sebab itulah 2 nama pemain itu mulai dikaitkan dengan pasukan seperti Real Madrid.

PSG enggan menjual beberapa bintang mereka pada harga yang rendah. Mereka mengumumkan yang Mbappe dan Neymar bukan untuk dijual. Dan itu yang menyebabkan mereka gagal menjana pendapatan lebih banyak daripada penjualan pemain.

Kenyataan oleh CAS berbunyi: “CAS telah mendaftarkan rayuan yang difailkan oleh kelab Perancis – Paris Saint-Germain – bagi menentang keputusan Uefa [untuk membuka/menilai semula siasatan] pada September 2018.”

“Atas permintaan PSG, prosedur ini akan dilakukan secara sulit kecuali keputusan siasatan yang boleh didedahkan kepada umum. Oleh sebab inilah CAS tidak mampu memberikan butiran dan informasi yang lebih banyak berkaitan dengan isu ini.”

Sebelum in CAS telah membantu AC Milan mengelak daripada hukuman yang dikenakan oleh Uefa. Pada musim lalu AC Milan dilarang untuk bermain di UEL musim 2018/19 kerana melanggar syarat FFP.

AC Milan kemudiannya membuat rayuan di CAS dan rayuan itu diterima – AC Milan berjaya mengelak hukuman. CAS berpendapat hukuman gantung ke atas AC Milan terlalu keras.

Untuk PSG pula, Uefa tidak pernah menjatuhkan sebarang hukuman gantung kepada kelab itu. Dan PSG cuba menyekat penilaian ataupun siasatan semula selepas keputusan siasatan sebelum ini.

Isu FFP menjadi semakin panas sejak akhir-akhir ini selepas Der Spiegel membuat laporan kontroversi mengaitkan Uefa mengaplikasikan peraturan berbeza kepada Man. City dan PSG.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN