PSG Boleh Rugi Kerana Tiada Klausa Perpindahan Jika Neymar Pergi

Peguam kepada bintang Brazil dan Paris Saint-Germain (PSG), Neymar mengesahkan bahawa kontrak pemain tersebut bersama kelab Perancis itu tidak diselitkan klausa perpindahan.

Sebelum ini Neymar berhijrah untuk menyertai PSG daripada Barcelona apabila kelab Ligue 1 Perancis itu menawarkan nilai yang menyamai nilai klausa perpindahan yang terkandung di dalam kontrak bersama gergasi Catalan tersebut.

(Photo by TF-Images/TF-Images via Getty Images)

Ketika Real Madrid dikatakan berminat untuk membawa Neymar ke Estadio Santiago Bernabeu pada akhir musim ini, peguam pemain tersebut, Marcos Motta mengesahkan kehadiran pemain itu di Parc des Princes adalah tanpa sebarang klausa perpindahan sepertimana ketika pemain tersebut bersama Barcelona.

Ini bermakna jika Real Madrid berniat untuk mendapatkan khidmat Neymar pada musim hadapan, Real Madrid tidak semestinya perlu membayar nilai melebihi €222 juta yang dibayar oleh PSG kepada Barcelona.

Bagaimanapun ketiadaan klausa perpindahan, membolehkan PSG untuk menuntut nilai yang lebih tinggi daripada angka yang menjadikan Neymar sebagai pemain termahal dunia ketika ini.

“Saya boleh jamin bahawa kontrak Neymar tidak mengandungi sebarang klausa perpindahan seperti ketika beliau di Barcelona,” ujar Motta kepada Radio Globo.

“Kontrak berkenaan turut tidak mempunyai sebarang pra syarat jika Neymar berjaya mengakhiri saingan musim ini sebagai penjaring terbanyak.”

(Photo by Ira L. Black/Corbis via Getty Images)

Walaupun perpindahan Neymar ke PSG hanya dilengkapkan pada Ogos tahun lalu, Motta turut mendedahkan bahawa proses memungkinkan pemain tersebut meninggalkan Barcelona telah bermula sejak beberapa bulan sebelum itu.

Dalam pendedahan tersebut, Motta turut mendedahkan bahawa ayah kepada Neymar turut mendesak beliau untuk melengkapkan perpindahan bintang Brazil itu sejak Julai yang lalu.

“Ayah kepada Neymar menghantar satu pesanan khidmat ringkas (SMS) kepada saya pada pertengahan Julai lalu, mengarahkan saya untuk terbang ke Amerika Syarikat bagi menyelesaikan kontrak Neymar,” tambah Motta.

Neymar menjaringkan hatrik pertama beliau bersama PSG ketika membantu PSG membelasah Dijon 8-0 dalam perlawanan Ligue 1 pada Rabu lalu.

Pemain tersebut turut menafikan Edinson Cavani untuk mengambil sepakan penalti, untuk gol ke-4 peribadi dalam perlawanan sekaligus menafikan rakan sepasukannya itu memecahkan rekod jaringan milik Zlatan Ibrahimovic sebanyak 156 gol untuk PSG.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN