Projek Tongkat Perkenalkan Kempen ‘Seorang Sumbang RM10’

Projek Tongkat

Dalam usaha untuk merealisasikan impian bagi menganjurkan Kejohanan Jemputan Enam Negara Persatuan Bola Sepak Orang Kudung Malaysia (MAFA), Projek Tongkat meneruskan gerak kerja lebih proaktif dalam mencari dana apabila telah memperkenalkan kempen terbaharu iaitu ‘Seorang Sumbang RM10’.

Selain daripada Malaysia selaku tuan rumah, kejohanan yang dijadualkan berlangsung pada bulan April itu bakal menampilkan Palestin, Indonesia, India, Iran dan Nepal.

Kempen itu juga merupakan misi serampang dua mata buat Projek Tongkat dalam masa sama bertujuan untuk mencapai sasaran bagi mendapatkan keperluan buat skuad bola sepak orang kudung Malaysia dalam mempersiapkan diri ke Piala Dunia Bolasepak Orang Kudung 2022.

Menurut laman Facebook rasmi Projek Tongkat, sasaran dana yang diperlukan untuk kedua-dua agenda itu berjumlah RM292,500.00 dapat dicapai sebelum bulan April nanti.

Jumlah kutipan setakat hari ini telah mencecah RM65,000.00. Kelihatan sasaran itu begitu jauh untuk dikecapi pada ketika ini, namun hakikat bahawa seluruh rakyat Malaysia yang terkenal dengan sifat pemurah mungkin akan mampu untuk menjadikan impian skuad Harimau Kudung menjadi kenyataan.

Bagi badan korporat atau individu persendirian yang ingin turut serta menjayakan kempen daripada Projek Tongkat ini, bolehlah salurkan sumbangan anda kepada:

KELAB BOLA SEPAK PAN-DISABILITY
CIMB​: 800 204 6126
REF​: MAFA
Email: [email protected]

Kredit foto: Projek Tongkat

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN