Projek Tongkat 2020: Misi Bawa Pasukan Bolasepak Kudung Salam Dari Gaza Ke Malaysia

Bolasepak Orang Kudung

Projek Tongkat 2020, inisiatif kesedaran mengenai bolasepak kudung di Malaysia, akan membawa Pasukan Bolasepak Kudung Salam dari Gaza ke Malaysia pada Februari 2020 dalam usahanya menyatakan solidariti kepada Palestin melalui sukan bolasepak orang kudung.

Pasukan bolasepak kudung yang dijemput khas ini akan mengadakan program jelajah di Malaysia selama dua minggu, sebelum berentap dengan pasukan bolasepak kudung dalam
Kejohanan Enam Negara Piala Jemputan MAFA 2020.

Perlawanan persahabatan menentang The Ohana FC, minggu lalu di Shah Alam

Projek Tongkat diterajui Persatuan Bolasepak Orang Kudung Malaysia (MAFA) dan disokong Pan-Disability Football Club, The Ohana FC, Pasukan Tindakan & Bantuan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET), Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR) dan Viva Palestina Malaysia (VPM).

#ProjekTongkat adalah inisiatif kesedaran mengenai Bolasepak Kudung dan bagaimana sukan bolasepak orang kudung menyatukan semua pemain dan penyokong dari seluruh pelusuk dunia termasuk mereka di zon konflik.

Ia juga sebagai persediaan MAFA merealisasikan impian tim bolasepak orang kudung Malaysia mengejar impian ke Kejohanan Bolasepak Piala Dunia Kudung 2022.

Pasukan Bolasepak Orang Kudung Malaysia mengejar impian ke Kejohanan Bolasepak Piala Dunia Kudung 2022.

Projek Tongkat dilancarkan secara rasminya melalui kempen media sosial pada 15 November lalu iaitu hari yang sama di mana wilayah konflik Gaza diserang rejim Israel.

Pelaksanaan Projek Tongkat memerlukan dana sasaran keseluruhan RM292,950 yang meliputi kos jelajah tim bolasepak kudung dari Palestin ke Malaysia, logistik, penginapan, makan minum dan sewaan padang, kos penganjuran kejohanan, kos sukarelawan dan kos persediaan tim MAFA di Malaysia.

Individu atau korporat yang ingin menyumbang bagi projek sukan dan kemanusiaan ini boleh menyumbang melalui akaun di bawah:

AKAUN SUMBANGAN
KELAB BOLA SEPAK PAN-DISABILITY
CIMB : 800 204 6126
REF : MAFA

Maklumat lanjut dan perkembangan projek ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa di Facebook atau Instagram Projek Tongkat.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram