Program Perintis Di Liga Belanda Benarkan Wanita Beraksi Bersama Pasukan Lelaki

Bola Sepak Wanita Lelaki Belanda

Satu skim perintis yang baharu diperkenalkan di Belanda membenarkan pemain amatur wanita beraksi bersama pasukan senior lelaki telah diluluskan oleh Persatuan Bola Sepak Belanda (KNVB).

Dalam perkembangan terbaharu yang dilapor oleh BBC itu, KNVB telah memberi kebenaran kepda seorang pemain wanita berusia 19 tahun, Elle Fokkema menyertai skuad utama kelab divisuen keempat, VV Foarut untuk musim 2020/21.

Program perintis itu berkemungkinan besar akan turut dilaksanakan secara tetap bagi membenarkan lebih ramai wanita untuk beraksi dalam perlawanan bola sepak lelaki ‘kategori A’ pada masa hadapan.

“KNVB menyokong segala usah ke arah diversiti dan kesaksamaan. Kami percaya setiap orang berhak untuk diberi ruang yang sama dalam bola sepak,” ujar Ketua Unit Pembangunan badan induk berkenaan, Art Langelar.

Dalam kenyatan tersebut, Langelar mengakui pihaknya sejak beberapa tahun dahulu lagi sudah pun menerima permohonan untuk membenarkan wanita beraksi bersama skuad utama pasukan lelaki.

“Dalam kes ini, kami tidak mahu jadikan perbezaan gender sebagai penghalang kepada mana-mana individu untuk mencapai impiannya.

“Sebab itulah kami memulakan skim perintis ini. Dengan percubaan ini, kita akan lihat sejauh mana ianya berjalan dan daripada hasil pemerhatian itu, mungkin kita akan mengubah peraturan sedia ada.”

Bola sepak campuran (lelaki dan wanita) di Belanda telah pun diperkenalkan pada 1986 dengan membenarkan remaja perempuan beraksi bersama pasukan lelaki bawah 19 tahun (B-19).

VV Foarut beraksi dalam ‘kategori A’ di divisyen keempat bola sepak Belanda. Ia bermakna kebenaran yang diberikan kepada Fokkema menjadikan pasukan di ‘kategori B’ mungkin akan menerima lebih ramai pemain wanita tanpa mengira had umur selepas ini.

“Terima kasih kepada pihak KNVB kerana membuka peluang untuk saya bermain dengan pasukan lelaki ini dan saya harap ianya akan berpanjangan,” ujar Fokkema.

“Saya sedar ini merupakan satu cabaran, tetapi ianya membangkitkan perasaan teruja dalam diri saya. Saya tidak berani untuk mengatakan saya boleh berjaya, tetapi saya gembira kerana terlibat dengan program perintis ini.”

Kredit Foto: Quesnel Observer

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Liga Belanda:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply