Previu: Switzerland Dalam Mood Terbaik Untuk Mara Ke Pusingan 16 Terbaik

Switzerland

Switzerland mengintai peluang bagi melayakkan diri ke saingan 16 terbaik Piala Dunia apabila akan bertemu pasukan tangga terbawah kumpulan E, Costa Rica jam 2.00 pagi nanti.

Berjaya bangkit dari ketinggalan seawal minit ke-5 pada perlawanan bertemu Serbia, skuad bimbingan Vladimir Petkovic terikat empat mata bersama Brazil.

Kedua-dua pasukan yang terikat 1-1 dalam aksi sulung hanya dibezakan dengan kelebihan jaringan yang memihak Brazil untuk menghuni tangga teratas ketika ini.

Costa Rica pula turun sekadar untuk melengkapkan jadual selepas tewas pada dua perlawanan terdahulu bertemu Serbia dan Brazil.

‘Kekacauan terancang’ Switzerland menjadi berterusan

ROSTOV-ON-DON, RUSSIA – JUNE 17, 2018: Switzerland’s national football team – Fabian Schaer, Granit Xhaka, Ricardo Rodriguez, Haris Seferovic, Valon Behrami, Manuel Akanji, Yann Sommer (L-R back), and Steven Zuber, Blerim Dzemaili, Stephan Lichtensteiner, and Xherdan Shaqiri (L-R front) – pose for a photograph before the kick-off of a First Stage Group E football match between Brazil and Switzerland at Rostov Arena at FIFA World Cup Russia 2018. Anton Novoderezhkin/TASS (Photo by Anton NovoderezhkinTASS via Getty Images)

Switzerland yang berupaya mengikat skuad pilihan, Brazil dengan keputusan 1-1 serta menumpaskan Serbia 2-1 mempamerkan corak permainan yang baik pada dua perlawanan tersebut.

Petkovic turut berpuas hati dengan corak permainan yang dipamerkan anak buahnya buat setakat ini.

”Kami telah mencipta apa yang kami gelarkan sebagau kekacauan yang terancang dan kami akan terus melakukannya pada masa hadapan. Kami akan bermain dengannya.”

Costa Rica mahu beri yang terbaik walaupun sudah tersingkir

SAMARA, RUSSIA – JUNE 17: Players of Serbia pose for a team photo ahead of the 2018 FIFA World Cup Russia Group E match between Costa Rica and Serbia in Samara, Russia on June 17, 2018. (Photo by Fatih Aktas/Anadolu Agency/Getty Images)

Pintu sudah tertutup buat Costa Rica bagi melayakkan diri ke pusingan kalah mati.

Lebih perit, skuad yang dibimbing Oscar Ramirez itu masih belum berjaya menjaringkan sebarang gol dalam dua perlawanan yang menyaksikan Costa Rica tewas 1-0 ditangan Serbia dan 2-0 ketika bertemu Brazil.

”Saya berasa amat sakit dan kecewa dalam masa yang sama. Orang ramai telah bercakap mengenai perkara yang sangat tidak selesa,” jelas Ramirez.

”Saya mahu membuatkan negara saya gembira. Kami berada dalam kumpulan yang sukar. Saya mencuba untuk memberikan yang terbaik yang saya mampu.”

Pemain tumpuan

Xherdan Shaqiri dan Keylor Navas merupakan antara pemain yang bakal mencuri tumpuan pada perlawanan ini.

Shaqiri masih segar dengan jaringan kemenangan yang dihasilkannya pada lewat permainan ketika bertemu Serbia.

Larian dan visinya jelas akan memberikan ancaman buat Costa Rica nanti.

Bagi Navas pula beliau bertindak cemerlang pada perlawanan yang lalu dengan menafikan deretan percubaan yang dimiliki Brazil.

Beliau hanya dibolosi dua jaringan pada masa kecederaan.

Tidak hairan jika perlawanan pagi nanti juga memperlihatkan ketangkasan oleh penjaga gol Real Madrid ini.

Sebelum sepak mula

Di atas kertas, Switzerland adalah pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan yang akan berlangsung di Nizhny Novgorod Stadium itu.

Mereka juga berada dalam moral terbaik selepas aksi yang dipamerkan pada ketika ini lebih baik berbanding corak permainan Costa Rica.

Seperti kebiasaan itu hanyalah perkiraan di atas kertas, segala yang berlaku di dalam padang mampu memberikan kejutan yang kadangkala kita tidak jangkakan berlaku.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply