Previu: England Label Sweden Sebagai Pasukan Yang Cukup Kuat

Perlawanan suku akhir Piala Dunia 2018 bakal menyaksikan Sweden bertemu England dalam misi ke separuh akhir.

Kedua-dua pasukan bukanlah pasukan yang boleh dipandang rendah, hal ini kerana Sweden dan England kelihatan setara dari segi keupayaan bermain sebagai sebuah pasukan.

Musuh yang dikenali

Bagi kedua-dua pasukan, Sweden dan England adalah musuh yang dikenali antara satu sama lain.

Bagi jurulatih Sweden iaitu Janne Andersson, pelbagai perkara harus dibuat dengan tepat sekiranya mereka ingin tewaskan England.

“Bola sepak bukanlah satu perkara yang mudah, ia perlu dilihat dari keseluruhan perkara juga.”

“Banyak perkara yang perlu dilakukan dengan betul sekiranya hendak menewaskan pasukan seperti England.”

“Kami perlu bertahan dengan betul, kami perlu bermotivasi ketika menguasai bola dan mempunyai idea yang jelas ketika hendak menyerang. Kami mahu semua itu dilaksanakan ketika perlawanan.”

SOCHI, RUSSIA – JUNE 23: Sweden manager Janne Andersson looks on during the 2018 FIFA World Cup Russia group F match between Germany and Sweden at Fisht Stadium on June 23, 2018 in Sochi, Russia. (Photo by Stu Forster/Getty Images)

Bagi jurulatih England iaitu Gareth Southgate, beliau menggangap Sweden sebagai pasukan yang sangat kuat.

“Saya rasakan mereka adalah pasukan yang cukup-cukup kuat.”

“Lihat saja prestasi mereka, mereka tewaskan Perancis di pusingan kelayakan, singkirkan Itali di peringkat play-off dan juga menjadi punca kepada kekalahan Jerman di Piala Dunia.”

SAMARA, RUSSIA – JULY 06: Gareth Southgate, Manager of England speaks during an England press conference at Samara Arena on July 6, 2018 in Samara, Russia. (Photo by Matthias Hangst/Getty Images)

“Jelas sekali mereka adalah pasukan yang cukup kuat, jadi kita kena benar-benar beraksi baik untuk menang.”

Pemain tumpuan

Dalam perlawanan ini, penulis menumpukan perhatian kepada Emil Forsberg.

Lupakan Marcus Berg dan ketumpulan beliau di depan pintu gol, Forsberg adalah pemain yang perlu diberikan tumpuan ketika beraksi di atas padang.

SAINT PETERSBURG, RUSSIA – JULY 03: Emil Forsberg of Sweden scores his team’s first goal during the 2018 FIFA World Cup Russia Round of 16 match between Sweden and Switzerland at Saint Petersburg Stadium on July 3, 2018 in Saint Petersburg, Russia. (Photo by Richard Heathcote/Getty Images)

Pemain yang menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan mereka menentang Switzerland tempoh hari jelas merupakan pemain yang boleh memberikan bahaya kepada England dari posisi sayap pada perlawanan ini.

Sementara bagi England, Harry Kane merupakan tumpuan penulis pada perlawanan ini.

Jelas sekali, Kane adalah sumber gol England di Piala Dunia kali ini.

Ketajaman penyudah beliau dan juga kebolehan fizikal beliau membolehkan beliau cukup kompetitif ketika beraksi menentang pertahanan lawan.

Perlu diingat, beliau juga merupakan pemain yang cukup tajam dari jarak 12 meter ketika mengambil sepakan penalti!

MOSCOW, RUSSIA – JULY 03: Harry Kane of England celebrates after scoring his team’s first goal during the 2018 FIFA World Cup Russia Round of 16 match between Colombia and England at Spartak Stadium on July 3, 2018 in Moscow, Russia. (Photo by Dan Mullan/Getty Images)

Sebelum sepak mula

Perlawanan ini mempunyai signifikannya yang tersendiri dalam Piala Dunia.

Jika Sweden berjaya layak, mereka akan menikmati perlawanan separuh akhir yang pertama sejak Piala Dunia 1994.

Bagi England pula, mereka dapat mengubah nasib mereka yang sering dianggap malang ketika pusingan kalah mati apabila sering tumbang awal.

Semoga berjaya buat kedua-dua pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN