Previu Sukan SEA: Wan Kuzain Adalah Pemain Box To Box?

Wan Kuzain

Wan Kuzain Wan Kamal berjaya mendapat panggilan daripada Datuk Ong Kim Swee dalam kempen Sukan SEA kali ini.

Beliau mengakui sedang dalam proses pembelajaran dengan kem pasukan Malaysia. Berdasarkan kenyataannya kepada wartawan, ternyata Wan Kuzain menyatakan dirinya sebagai pemain tengah serba boleh.

Adakah beliau boleh diklasifikasikan sebagai box to box?

Pemain berusia 21 – kelahiran Amerika Syarikat – tersebut nampak bersemangat untuk mendapatkan tempat dalam senarai 20 terakhir yang akan menyertai penerbangan ke Manila.

Ketika ini ada 32 pemain yang diuji oleh Ong Kim Swee. Wan Kuzain berkata kepada wartawan: “Saya tak kenal sangat orang di sini. Saya cuma ada mendengar beberapa nama, namun bukan semua.”

“Saya tak sabar-sabar nak memulakan latihan dan mahu melihat apa yang boleh saya sumbangkan kepada pasukan. Semua orang di sini sangat baik dan ramah. Saya memperkenalkan diri kepada semua dan segalanya baik-baik sahaja ketika ini.”

Foto: Astro Arena

Kita semua tak begitu tahu lebih lanjut tentang Wan Kuzain. Namun pemain Sporting Kansas City itu memberitahu bahawa beliau boleh bermain sebagai no.6, no.8 ataupun no.10.

Wan Kuzai juga menyatakan beliau merupakan pemain tengah yang tenang.

“Saya boleh bermain peranan no.6, no.8 ataupun no.8. Saya selesa dengan kesemua posisi tersebut dan juga sebagai pemain tengah.”

“Saya suka menonjolkan diri dan menguasai tempo permainan, bermain bola akhir dan mencipta peluang untuk diri sendiri.”

Wan Kuzain menganggap panggilan kali ini sangat bermakna. Dan berkata: “Ini sangat bermakna. Kerana setiap kali kamu mewakili warna kebangsaan, kamu bukan mewakili diri sendiri tetapi mewakili keluarga dan negara.”

Ong Kim Swee meminta netizen memberikan Kuzain peluang untuk membuktikan kemampuannya dan berkenalan dengan pemain-pemain lain di dalam pasukan.

Pandangan awal kami

Secara asasnya kami tidak merasakan Wan Kuzain adalah box to box. Berdasarkan kenyataan beliau, dia adalah pemain yang lebih gemarkan kawalan di tengah dengan tenang dan bukannya terlalu dinamik.

Beliau menyatakan beliau boleh bermain sama ada 6, 8 atapun 10. Jelas sekali Wan Kuzain memberikan opsyen bahawa beliau boleh bermain sebagai pivot, pemain tengah ofensif, ataupun pemain tengah no.10 yang berlegar di belakang penyerang utama.

Wan Kuzain boleh dikelaskan sebagai multi-function midfielder, tipikal pemain tengah yang lebih bebas seperti di Sepanyol. Misalnya Xavi Hernandez. Kami bukan berkata beliau persis Xavi Hernandez, tetapi menyatakan jenis pemain yang beliau miliki.

Sesuai dengan sistem Ong Kim Swee?

Jika beliau adalah pemain tengah pelbagai fungsi, rasanya tiada masalah untuk Wan Kuzain menempatkan diri di dalam pasukan Datuk Ong Kim Swee yang menggemari sistem back 3.

Beliau boleh menjadi sama ada pivot ataupun pemain tengah yang berada di atas pivot.

Jika bermain sistem 3-4-3, Wan Kuzain boleh menempatkan diri di antara pemain tengah.

Jika dalam sistem 3-5-2, ianya lagilah memberikan peluang untuk beliau menempatkan dirinya.

Berdasarkan corak permainan beliau yang kami perhatikan sebelum ini. Kami setuju dengan kenyataan beliau, Wan Kuzain seorang pemain yang boleh mencipta peluang untuk rakannya dan juga mencipta ruang dan peluang gol untuk dirinya sendiri di luar kotak penalti.

Rumusan

Wan Kuzain mungkin bukan tipikal box to box player. Tetapi beliau boleh bermain di salah satu peranan secara spesifik. Kami ingatkan ini adalah previu awal kami.

Sama-sama kita lihat pada aksi sebenar – jika beliau terpilih nanti.

Namun kami juga kagum dengan cara beliau bercakap dengan wartawan sebagai pemain bola sepak dengan penjelasan secara pernomboran dan bayangan ‘style of play’ beliau di atas padang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN