Previu: Senegal & Jepun Bertarung Untuk Sahkan Tempat Ke Pusingan Kalah Mati

Aksi Piala Dunia 2018 diteruskan dengan Senegal bakal bertemu Jepun untuk meneruskan peluang ke pusingan kalah mati.

Kedua-dua pasukan berjaya melakukan persembahan cemerlang pada perlawanan pertama dengan Senegal menewaskan Poland serta Jepun menewaskan Colombia.

Tak boleh kalah

Kedua-dua pasukan sudah pun mengutip 3 mata dalam perlawanan pertama jadi untuk perlawanan ini ia merupakan misi wajib menang buat kedua-dua pasukan.

Senegal yang baru menewaskan Poland yang dianggap pasukan pilihan pastinya akan menggunakan moral dari kemenangan tersebut untuk menewaskan Jepun.

Namun harus diingat, Jepun juga telah memperoleh suntikan moral yang cukup hebat apabila mereka telah pun menewaskan Colombia dan dalam masa yang sama mencipta sejarah.

Sejarah yang dimaksudkan adalah Jepun menjadi pasukan Asia pertama yang menewaskan wakil dari Amerika Selatan dalam Piala Dunia.

SARANSK, RUSSIA – JUNE 19: Yuya Osako of Japan celebrates scoring the 2nd Japan goal to make it 2-1 with Yuto Nagatomo and Makoto Hasebe of Japan during the 2018 FIFA World Cup Russia group H match between Colombia and Japan at Mordovia Arena on June 19, 2018 in Saransk, Russia. (Photo by Carl Court/Getty Images)

Tugas untuk layak ke pusingan seterusnya harus diselesaikan pada perlawanan ini kerana kedua-dua pasukan ini akan berhadapan lawan yang lebih sukar pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Senegal akan berhadapan Colombia sementara Jepun berhadapan Poland.

Jadi, mahu tidak mahu 3 mata harus diraih oleh Senegal dan Jepun dalam perlawanan ini.

Pemain tumpuan

Untuk Senegal, penulis memilih M’Baye Niang sebagai pemain tumpuan.

Aksi cemerlang beliau pada perlawanan menentang Poland tempoh hari terutamanya di bahagian tepi Senegal.

MOSCOW, RUSSIA – JUNE 19: Mbaye Niang of Senegal during the 2018 FIFA World Cup Russia group H match between Poland and Senegal at Spartak Stadium on June 19, 2018 in Moscow, Russia. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Beliau turut menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut jadi semestinya beliau merupakan ancaman bahaya buat Jepun pada malam ini.

Sementara bagi Jepun, Yuya Osako menjadi pilihan sebagai pemain tumpuan pada malam ini.

Penjaring gol kemenangan dalam buat Jepun tempoh hari dilihat sebagai penyerang yang rajin dan lapar dalam mendapatkan gol.

Usaha beliau pada separuh masa pertama menentang Colombia tempoh hari sememangnya perlu dipuji dan tandukan pada separuh masa kedua memberikan gol atas usaha yang beliau lakukan dalam perlawanan itu.

SARANSK, RUSSIA – JUNE 19: Yuya Osako of Japan celebrates scoring the 2nd Japan goal to make it 2-1 during the 2018 FIFA World Cup Russia group H match between Colombia and Japan at Mordovia Arena on June 19, 2018 in Saransk, Russia. (Photo by Elsa/Getty Images)

Sebelum sepak mula

Harapan Asia pastinya terletak di bahu Jepun untuk menyaksikan mereka menjadi pasukan pertama benua itu untuk mara ke pusingan seterusnya di Piala Dunia 2018.

Sementara bagi Senegal, mereka mempunyai potensi untuk layak dan menjadi pasukan Afrika paling berjaya dalam kejohanan kali ini.

Semoga berjaya buat kedua-dua pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN