Previu: Senegal Perlu Waspada Ancaman James Rodriguez & Colombia

Saingan di kumpulan H untuk Piala Dunia 2018 masih lagi belum menampakkan mana-mana pasukan mampu untuk layak ke pusingan seterusnya.

Jepun, Colombia dan Senegal kesemuanya masih belum layak dan berpeluang untuk membuat demikian pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

1 mata

Senegal memerlukan hanya 1 mata dalam usaha untuk mara ke pusingan seterusnya namun jika mereka mendapat 3 mata itu amat dialu-alukan mereka.

Mereka kini ditangga kedua kumpulan dan terikat 4 mata bersama Jepun.

YEKATERINBURG, RUSSIA – JUNE 24: Yuya Osako of Japan is challenged by Kalidou Koulibaly of Senegal during the 2018 FIFA World Cup Russia group H match between Japan and Senegal at Ekaterinburg Arena on June 24, 2018 in Yekaterinburg, Russia. (Photo by Clive Rose/Getty Images)

Jadi tidak keterlaluan untuk mengatakan mereka merupakan pasukan pilihan untuk mara dan menewaskan Colombia.

Colombia mempunyai tugas yang sedikit sukar kerana mereka perlu memang dalam perlawanan.

Melainkan Jepun ditewaskan oleh Poland, maka 1 mata sudah cukup untuk membawa wakil Amerika Selatan itu mara.

Pemain tumpuan

Perlawanan penting ini bakal menyaksikan penyerang utama Senegal iaitu M’Baye Niang sebagai pemain tumpuan kali ini.

Beliau nyata cukup bahaya buat pasukan Jepun pada perlawanan yang lalu walaupun gagal menjaringkan gol.

Menurut statistik, 3 percubaan tepat Senegal hadir menerusi dari beliau sahaja. Jadi kredibiliti beliau sebagai penyerang seharusnya tidak perlu dipersoalkan lagi.

YEKATERINBURG, RUSSIA – JUNE 24: Gen Shoji of Japan tackles Mbaye Niang of Senegal during the 2018 FIFA World Cup Russia group H match between Japan and Senegal at Ekaterinburg Arena on June 24, 2018 in Yekaterinburg, Russia. (Photo by Matthias Hangst/Getty Images)

Bagi Colombia pula, James Rodriguez seharusnya menjadi tumpuan dalam perlawanan ini.

Beliau nyata merupakan sumber kreatif dalam permainan Colombia, dengan 2 bantuan gol yang dicipta beliau dalam aksi menentang Poland tempoh hari maka beliau perlu diberi perhatian.

Senegal perlu menghalang pemain ini dari bergerak bebas dalam perlawanan ini kerana jika tidak, beliau akan melakukan hantaran-hantaran bahaya kepada penyerang Colombia untuk menjaringkan gol.

during the 2018 FIFA World Cup Russia group H match between Poland and Colombia at Kazan Arena on June 24, 2018 in Kazan, Russia.

Ataupun jika beliau tidak melakukan bantuan gol, beliau sendiri akan menjaringkan gol!

Sebelum sepak mula

Apa yang menarik mengenai Piala Dunia kali ini adalah kebanyakkan kumpulan terpaksa menentukan 2 pasukan yang layak ke saingan seterusnya pada perlawanan terakhir.

Ia tidak terkecuali kepada pasukan-pasukan di kumpulan H, lebih menarik dari 3 pasukan yang berpotensi untuk layak tiada satu pun pasukan Eropah dari kalangan 3 pasukan tersebut!

Senegal dan Colombia bermain bola sepak menyerang dalam Piala Dunia kali ini, jadi jangkakan aksi berbalas serangan dari kedua-dua pasukan malam ini.

Semoga berjaya buat kedua-dua pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN